Wednesday, 31 July 2013

Save Palestine, Save Al Aqsa.

salam,

save palestine, save gaza, save Al Aqsa.






semalam aku pi terawih. Imam semalam khas dari Palestine.patut dengaq lain ja bunyi.selalu ustaz muda tu baca surah pendek pendek.semalam semayang baca surah panjang.ok xpala..menambahkan pahala di hujung hujung Ramadhan ni.


salu aku tengok iklan tv, save Gaza, save Palestine.aku ni kalau berita dunia bukan pandang sangat.selfish kan..so semalam imam Palestine tu mai terangkan la apa yang jadi kat sana.Imam tu cakap bahasa Palestin la.eh bahasa Palestin tu bahasa Arab ka?aku xbelajaq Arab.ada la translator duk terangkan balik kat kami.sampai tereyak jugak la Imam tu masa bercerita.oo ic..baru guwa ngertik..yang retis retis tu dok pi hulurkan bantuan untuk orang islam kat Palestine.tersentuh gila masa dengaq pasai orang Islam kat sana.ayaq mata aku keluaq jugak.



kebetulan baru semalam aku baca benda ni..



Masjid  yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari



hurm..ada Masjid Al Aqsa kat Palestin. dan sekarang dah ditawan.Yahudi Laknatullah nak gantikan Masjid Al Aqsa dengan tempat ibadat depa yang dibagi nama Heykal Sulaiman.asalnnya Kuil Sulaiman.more info

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa


renungkan,
-Masjid Al Aqsa adalah kiblat pertama orang islam.
-Nabi di israkkan di Aqsa,
-bumi Palestin adalah bumi orang islam yang mana ada diterangkan adalah tempat himpunan pertama semasa kiamat.


Imam Palestin tu ada jugak bagitau ada dalam hadis, aku xingat hadis apa minta maaf. seorang perempuan bernama Maimunah bertanya kepada Baginda Nabi saw, apa yang perlu dilakukan jika kita tidak mampu menziarahi Masjidil Aqsa. Baginda saw menjawab, kirimkanlah minyak dan apa ntah aku xingat.minta maaf again. Maksudnya lebih kurang, jika kita tidak mampu menziarahi, kirimkanlah harta kita. Sumbangkanlah harta untuk jalan Allah, kerana apa yang yang Allah ambil pasti Allah balas dengan nikmat yang xternilai buat kita.


"Ya Allah, murahkanlah rezeki kami supaya kami dapat menyumbang di jalanMu"


----xda gambaq imam Palestin tu. ai pi masjid xbawak hempon..nanti orang cakap ai nory danish plak!

No comments:

Post a Comment

ada nak komen apa2..silakan..