kenapa bukak puasa tu waktu malam?
bila berpuasa selain ianya adalah ibadah khusus kepada Allah.kita dapat merasai kesusahan orang lain yang yang hidup dalam kurang berkemampuan.ada yang terpaksa mencatu makanan.bila berbuka puasa waktu malam,bagi yang kurang berkemampuan, xlah mereka malu dengan juadah berbuka yang serba kekurangan.dan tidak pula merasa tersisih dengan juadah orang orang berada lain kerana tidak mampu menikmatinya.subahanallah.
kenapa lailatul qadar itu dirahsiakan?
kerana Allah mahu kita sentiasa dekat denganNYa.tidaklah kita melakukan sesuatu hanya kerana ingin mendapatkan sesuatu.justeru malam lailatul qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan, Allah kurniakan kepada hambanya yang terus terusan beribadat tanpa jemu kepadaNya.lembutnya cara Allah mendidik kita.subahanallah.
kenapa zakat itu wajib dikeluarkan?
zakat itu diwajibkan kepada kita untuk menyucikan harta.ada manusia yang terlalu sayangkan hartanya, terlalu kedekut, di dalam puasa ada yang sampai tidak keluarkan duit.siangnya berpuasa, berbuka di masjid, bersahur sewaktu moreh.tetapi Allah mahu dia membelanjakan hartanya di jalan Allah.dia tetap perlu mengeluarkan zakat.tidak berkat harta seseorang muslim tanpa berzakat.subahanallah.
kenapa perlu bersedekah pada bulan Ramadhan?
setiap kebajikan Allah gandakan 70 kali ganda.jika kebiasaannya pahala kita adalah 27pahala.tetapi pada bulan Ramadhan Allah gandakan.bersedekahlah bagi orang yang berbuka, kerana memberi makan kepada orang yang berbuka itu sangat besar pahalanya.ada sesetengan orang yang tidak berkemampuan berbuka di masjid.bersedekahlah kepada tabung tabung masjid, mungkin harta anda itu dapat memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.tidak akan kurang rezeki seseorang jika bersedekah.subahanallah.
kenapa perlu solat terawih?
solat terawih adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut dalam islam. terdapat banyak pahala yang berbeza beza setiap malamnya. setelah seharian berpuasa pastinya kita berbuka dengan makanan yang banyak.perut pasti penuh dan ada yang sampai termengah mengah seperti ulat sawa kekenyangan.bersyukur dengan rezeki dan nikmat apabila kita berbuka.lakukan terawih supaya dapat melegakan perut sambil mensyukuri nikmat Allah.terawih hanya ada dalam Ramadhan, mungkin ini adalah Ramadhan terakhir bagi kita.beribadatlah kepada Allah seolah olah kamu akan mati pada keesokkannya.subahanallah.
kenapa perlu membaca Al Quran?
Al Quran adalah mukjizat Allah.Ianya dipilih oleh Allah diturunkan dalam bulan Ramadhan iaitu bulan sebaik baik bulan.pegangan hidup manusia sepanjang zaman.tidak akan sesat seseorang islam jika dia berpandu pada Al Quran.setiap huruf dalam Al Quran yang kita baca Allah gandakan pahlanya berlipat lipat kali ganda.subahanallah.
- bermula dari imsak kita bersahur, Allah memberi pahala bagi orang yang bersahur walaupun hanya dengan seteguk air.
- kita solat subuh,Allah memberi pahala
- kita bersiap keluar bekerja siang ke petang, kita solat zohor, solat asar, Allah memberikan pahala kepada orang yang berpuasa sehinggakan tidur orang yang berpuasa pun dikirakan ibadat di sisi Allah.
- kita berbuka puasa dengan doa memuji Allah, memulakan berbuka dengan kurma sunnah Rasulullah.Malaikat mencatitkan pahala kepada kita.Rasulullah saw: "ada doa yang tidak ditolak di saat berbuka bagi orang yang berpuasa".Allah memberikan pahala malah memakbulkan doa kita, in shaa Allah.
- kita solat Maghrib, berjalan ke rumah Allah, solat Isyak dan berterawih.Allah memberikan pahala.
Subahanallah, pahala yang tidak berhenti henti kepada kita di dalam Ramadhan ini. Sebab itulah Ramadhan ini sangat istimewa dari bulan bulan yang lain.Dah bermula 10 malam terakhir,berlumbalah membuat kebajikan dan memohon keampunan kerana ini mungkin Ramadhan yang terakhir, semoga kita bertuah untuk mendapat Lailatul Qadar.
pesanan untuk diri sendiri dan yang membaca
:diilhamkan dari tazkirah Ramadhan 28/7/2013
Masjid Al-Ittifaq, Sungai Nibong, Penang.
No comments:
Post a Comment
ada nak komen apa2..silakan..