Wednesday, 30 April 2014

Pengalaman Temuduga

assalammualaikum..

lama xmenaip rasanya..
minggu lepas sebelum tu aku bz pasal reunion kuarters kilang bijeh
dah settle sibuk pulak sebab pergi singapura
dah balik singapura nak prepare untuk interview pulak..
fuhh..lega..so now semua dah setel.
aku pon xtau nak mula dari mana.
semua benda aku nak tempek dalam belog ni.
yerla..mungkin sekarang xbest.tapi akan jadi kenangan bila dah kerepot nanti kan.




erm..aku mulakan dengan interview dulu.
semalam 29/04/2014 aku menjalani temuduga untuk w27 pen.akauntan
eceh..skema pulak.
aish mustila..nak mintak kerja mesti la skema.
tomboy pon boleh jadi pompuan kan.

aku kena interbiu pukul 11.40 am.
dah la sampai pun cukup cukup time.
aku belasah la parking tepi jalan kat depan komtar ni.
ketek ketek ketek ngan kasut tutup.
haishh..rimasss..aku kalau ikut selesa selipar ja.
aku kan kampung.

sampai bilik temuduga tu aku tengok kosong..ada sorang tengah menunggu.
owh..panel tengah makan rupanya..ok..
rilek skit..aku duduk tepat tepat ngan lubang air cond.
pastu tudung kemek.hahahha..padan muka.
orang kata kalau nak hilangkan nerbes untuk temuduga sembang la ngan orang orang sebelah.
aku pun start terguq..owh..dia berpurdah.
mesti alim ni..tapi aku sempat jugak ushar muka dia kat resume.
ok la..anak mami taman abidin.

lama tau panel makan, sampai pukul 12.
turn aku masuk patutnya 1140, tapi aku masuk 1215 camtu.
so aku dah prepare greet "selamat pagi dato'"
pastu dato' jawab "selamat tengahari saudari"
opss..nampak tak..mula mula lagi dah kantoi.
aku pon cepat cepat la "mintak maaf dato', selamat tengahari"
hahahah..aku rasa mungkin panel saja ni..dia kan masuk lepas pukul 12.
so dia saja la nak tengok kita alert atau tak.
sebab aku pernah baca pengalaman orang interview dengan dato' segarajah ni.
masuk masuk pon dia kena cam tu..selamat tengahari.

Dato' Segarajah ni Timbalan SPA.
memang rasa profesional betul la dia interview.
dia dah prepare lampiran permohonan kita yang dah print out, lepas tu depan dia ada laptop tentang permohonan jawatan kita dengan spa, n dia pegang kita punya resume tu.
sebelum ni aku pergi interview xpernah pulak macam ni.
Dato' akan tengok resume dan xmintak perkenalkan diri pun.betul jugak tu kan.memang kita dah prepare tentang perkenalkan diri.dia xnak tau yang xpenting tu semua..ya la..nak interbiu beratus orang kan..
memula Dato' terus tanya."U berasal dari Pulau Pinang?" 
Ya saya berasal dari Pulau Pinang.
camtu dah cukup.
kalau aku cakap lebih dia akan aangkat tangan isyarat suruh kita stop bla bla bla.
Dato' just nak tahu apa yang dia nak tanya ja.muka dia nampak serius tapi ok.
aku xrasa kekok pun semalam.aku rasa macam santai ja.

soalan Dato' semalam, "kenapa U gagal dalam interview sebelum ni?"
kalau ikutkan mana la aku tau kan kenapa aku gagal.dorang yang bagi gagal.kalau ikutkan aku rasanya semua aku jawab ok..semua perfect.hahhaha..tapi dalam temuduga kita xboleh nak salahkan ahli panel.kita yang sepatutnya bersalah kalau kita gagal.
aku pun jawab la "mungkin saya xbuat persediaan yang cukup untuk perakaunan akruan"
walaupun aku rasa dah cukup..huhu..dia kata memang betul.
sekarang jawatan penolong akauntan yang diperlukan memang untuk perubahan akaun akruan.
pastu Dato' tanya pasal akaun akruan..lepas aku bagi jawapan dia terangkan..n aku sambut sambut balik la cakap dia..macam bagi respon la kan..kita xleh duk diam ja..mesti cakap ok ok..ya..ya..

ada jugak soalan yang aku xleh jawab..pasal apa ntah..
aku xtau pun jawapan dia sebenarnya..tapi Dato' kata "U dah tahu jawapan dia..U dah sebut tadi"
aku pun eh..jawpan yang mana satu ni kan..hahhaha..terus aku wat muka macam tau.
.macam nak recall balik apa aku cakap tadi..
hahhaha..lastly Dato' kata, "untuk penolong akauntan ni kita memang nak orang yang tahu 100% dalam akaun akruan, bukan setakat 100% tapi lebih baik kalau 110%, sebab lepas ni semua penolong akauntan akan ditempatkan di setiap jabatan dan akan jadi pembantu bagi akauntan untuk ajar semua pembantu akauntan dalam perubahan kepada akaun akruan."
gulp..telan ayaq liuq aku dengaq..erm..

aku pun xtau la berjaya atau tak.
redha ja..kalau ada rezeki ada la..
kalau x masih menapak la aku kat sini sebagai "S"

untuk semua yang akan melalui interview penolong akauntan ni.
banyak banyak la study pasal akaun akruan ok.

tu jela..nak makan kek lapis sarawak ni..
ada member opis bagi.
as salam..

2 comments:

  1. so ape citer ? da dapat ke penolong akauntan? hehe

    ReplyDelete
  2. Assalam.. so mcmne keputusan interview? Dah berjaya jadi Penolong Akauntan?

    ReplyDelete

ada nak komen apa2..silakan..