Wednesday, 28 May 2014

6 PESANAN IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:

1 –  “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)
 
2 – "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. 
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
 
3 – “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. 
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
 
4 – "Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. 
Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
 
5 – "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan.
Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
 
6 – "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang…
Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

(INGAT MASA TENGOK FILEM 8JAM, ALA YANG MAILEP SHAIHEIZYSAM BERLAKON TU..YANG DUDUK DALAM LOKAP KAT BILIK AKHIR..KAN ADA USTAZ TERANGKAN TENTANG PESANAN IMAM GHAZALI NI..)

Wednesday, 21 May 2014

UNTUK PARA MAK BAPAK...awassss!!

AWAS !!!
awas gerak langkah mu wooo.. =)

dear mak/bapak,

Sila berhati hati dengan lambakan buku untuk pendidikan anak anda..
kadang kita tengok kulit luar ja ok..
macam cerita tauladan..
tapi isinya belum tentu..



kena ajar anak anak benda yang sepatutnya..
kalau orang 'usik' nak buat apa..mengadu kat mak bapak
jangan diammmm ja..
ni kalau aku jumpak si pakcik ni memang aku sepak..



yang bapak bercerai ngan mak tarik anak pulak..
haish..mungkin nampak penceritaan macam bapak yang sayang anak..
ni orang panggil harap pagar, pagar xboleh harap..

lebih baik sebelum bagi anak anak baca, mak bapak yang baca dulu ok..
mencegah itu kan lebih baik dari merawat..

takutnya nak menghadapi saat aku jadi mak nanti..
dunia makin macam macam..
mak bapak kena advance dari anak anak..

assalammualaikum..

al-Kisah Inspektor Ridzuan

HYE.

hari ni nak stori pasal kes ni..
aku kena dalam tahun 2011 maybe..(yaka 2011? ya kot)
sampai terkejut berukk..

ok lets start the story,

camni..masa ni aku kat unit speks..
pukul 9.30 pagi camtu..tengah cool la kan baru lepas breakfast..
dapat kol..kring kring..(tapi pakai ringtone)
aku dapat call dari sorang laki..
dia kenalkan nama -  inspektor ridzuan katanya..
dari bukit aman..
dia sebut nama penuh aku pastu dia kata aku terlibat dengan sindiket pelarian wang 50 ribu.
gila babi tersedak aku..
nak dapat seribu sebulan pun...aduhai..ni 50 ribu..
dia baca ic aku..ok semua betul..
pastu inspektor celup tu tanya aku pernah pergi luar negara x..
masa tu aku balik krabi phuket..
tempat jenayah tu..
dia kata nama aku akan masuk dalam mahkamah tinggi.
pastu dia mintak aku rahsiakan hal ni sebab masih ada ramai lagi nama yang dia nak siasat..
kira ni kes siasatan bukit aman..puit..pembohong.

dia tanya pulak ada pakai akaun bank apa..
pastu ada simpanan duit kat mana mana lagi..
sebab nak check duit tu duit betul atau curi..
aku kata ada la asb..
dia tanya dalam asb ada berapa..
aku kata 50..
dia kata 50 ribu ke?
aku kata xla..50 ringgit.hehe
ok jangan gelak..gua memang hidup besederhana..=)
pastu dia kata ok..apa apa nanti dia akan call balik..

aku kol mak aku..mak aku kata sabarr..
aku dah nangis dah..
aku kata mak duk sabar sabar lagi orang nak kena mati dalam penjara ni mak tau dak.
huuuuu.....huuuuuu...(bunyi nangis sampai teresak esak)
menangis dalam bilik server masa ni..ok la xda orang..
pastu keluar cerita kat member unit aku..
depa semua kata..fuyoo..ingat macam panggilan hangit ka..
hangitttt ja aku dengar kan..betui betui la...
ajak qimie (member opis) teman pi balai polis petani road..

sampai balai lepas buat report kena pulak masuk bilik atas.
jumpak inspektor betul betul..
inspektor tu kata "awat hang xkata duit dalam asb ada 50 ribu..mesti call balik"
hehehhehehe..betui jugak kan..
ala masa tu otak hang dah..aku duk bayang penjara pudu..
dalam penjara ada aku..wuuuu...serammm
polis tu kata, kalau ada apa apa kes polis akan panggil tanya kat balai..
dia xtanya kita dalam telefon..
menipu ja semua tu..
pastu no telefon polis belakang kan ada 222...
haaa...tengkiu inspektor..



kepada semua, 
sila berhati hati ok..
kalau call call ni pembohong..
jangan percaya..
ada apa apa beranikan diri terus gi balai..
jangan dok pendam sorang sorang..
pastu menangis bayang tidoq dalamm jail..
hahahha..aku sorang ja boleh wat camtu k..

pesanan:
sila ambil tindakan bijak bila anda berdhadapan situasi cemas..=)

Tuesday, 20 May 2014

Sembang Kosong..Isi Masa Lapang

assalammualaikum..
its tuesday..wehuu..lagi 3 hari nak bekerja..
dasar pemalas..hahaha
kerja xmau..duit mau..kan best kalau jadi orang kaya..
bangun bangun tidoq turun bawah minum jus, minum susu..
pastu siap2 gym sikit..balik rumah rehat2..belai diri.
lunch makan kat luar masa shopping tu..macam ratah ratah jela kat secret recipe camtu..
ish..kalau aku kayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................

tapi hakikat hari ni..
bangun lambat..sebab asik snooze jam..
pastu mandi berejam sebab sambung tido dalam bilik air..
keluar toilet kelam kabut baju keja xiron lagi..
iron baju cari tudung yang matching xjumpak..hentam pakai tudung koko..
gila macam makcik makcik..
masa tengah iron baju mintak tolong mak buk keluaq nasi semalam dari peti ais..
kengkonon aku nak buat nasi goreng..
nasib baik mak aku paham..mak aku yang buatkan..=)
sampai opis berebut lift dgn handbag, dengan tupperware nasi goreng kat tangan yang xsempat cari beg..
sebab tu pegang ja...inilah hakikat hidup aku..
kalau aku kayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

baru baru ni berjaya pujuk mak aku makan fish manhattan
jalan jalan beli barang adik kat jusco..pastu mak aku macam banyak duit jaa..
mula mula ajak makan secret recipe..pastu macam ramai..
lalu kat fish manhattan..dulu mak aku xlalu.
masa lalu tu ada orang melayu ramai makan..siap tudung labuh pun makan situ..
budak budak kerja pon semua melayu..adik aku plak kata kawan dia pun keja situ..
so ok..mak aku yakin..baru lah mak aku nak makan..
kalau tidak jangan harappp laaa..the chicken rice shop pun mak aku xmau makan tau..
mak aku kalau ayam supermarket ni dia lan sikit..xberapa yakin..
kalau nak masak ayam nak yang beli kat market ja..
hotdog pon start kes dulu yang hotdog salut kulit babi tu mak aku xmakan dah sampai lani..
hehe..kalau pi makan western pun kami semua makan chicken chop mak aku kira fish n chip..
ikan kan xpayah sembelih sembelih..huhu..xkisahlah..janji mak bahagia..


aku paksa mak aku posing..sebab nak tayang send kat kakak aku..
ai berjaya pujuk mak makan fish manhattan..=)
tapi lepas makan mak aku kata "nasi goreng aku buat sedap lagi"
hehehe..udang berapi tu mak aku suka..


oh ya,
sekarang ni trend tudung juma buat ala ala paridah plak kan..
ala tudung bawai pin depan tu..
aku pun buat jugak..kadang menjadi..kadang xmenjadi..
ikut dan la..hehehe..
kadang kadang macam senget sebelah pun ada..
bagus jugak tudung bawai buat camni..boleh tutup the nens..hahha



muka gila huduh sekarang..
pakai tudung pon isi dah macam nak meletup ja kat muka aku..
aku dah overrrr gemukkk laaa..
kalau body xdak shape tu memang lama dah..
dah terbiasa..keh kehkeh..
tapi kalau muka xdak shape habisla..


semalam sembang sembang ngan omey..
dia tu memang tiap tiap hari kena minum milo, nestum, horlick..
hehe..memang wajib ada kat rumah dia benda benda tu..
untuk dia sorang ja makan mak dia akan beli..
tetiba aku rasa macam alahai..anjernyeee..anak bongsu la katakan..
umah aku ayaq tey o ja..beli tey stoberi pon xjalan..
tey o kosong jugak mak aku suka..kalau beli milo tu balang kecik pon lambatttttt nak habis..
adik aku kalau ada kat rumah baru clear semua tu..anak bongsu memang suka ayaq manis manis ek??
hahahaha..bila aku gitau omey umah aku xdak semua tu dia macam terkejut..
aku "xpala nanti rumah kita kita beli na..dia kan suka.."
omey "yaka..tengok tengok asik buat tey o jaa.."
aku "xla..nanti bila mintak org terus siapppp!!!"
omey " kalau camtu kena panggil dia machaa la"
aku " haa..panggil la org macha..boleh ikat kain batik takat lutut"
=D


Monday, 19 May 2014

Durian Balik Pulau Sudah Mari...

oh kome..dereyan dah berbunger..
moh kite..minang anak dare..




ececeeee..kalau ada tokey dereyan nak minang nak x?
erm..xmau la..kami nak tokey beras..tokey bendang..
bendang kat kedah..amboi amboi..
memilih..patut sampai la xkawen lagi..huhu

sekarang penang dah musim dereyan..
dereyan balik pulau paling sempoi la kan..
sebab dereyan bukit ni rasa dia umppphh lagi..
ish pelik sungguh tahun ni..
dah nak mati ka kan..
selalu aku xsuka makan dereyan..
takat seulas dua tu boleh laaa...
tapi tahun ni sebiji sorang aku makan..
aku yang beriya ajak mak aku singgah tepi jalan..
makan fresh fresh..baru puas..

aku suka dereyan kampung..yang isi putih susu tapi nipis..
yang kuning pastu tebal tu aku xsuka..
rasa lemakkk sangat..xori..dereyan kahwin tu orang kata..
kalau yang nipis tu rasa macam urmmmmm...dapnyeee..
isi nipis kan..makan seulas pun macam xcukup cukup..
padahal dulu aku bukan suka sangat raja buah ni..
pelik kan..tapi xjugak la..
orang kata yang mana kita xsuka yang tula kita akan suka sangat nanti..
sebab tu kalau xsuka biar berpada pada..

contoh lagi satu..dulu xsuka sangat orang kedah..
sebab orang kedah kampung..
pastu kedah cuti jumaat sabtu..
nanti xboleh tengok melodi..
last last lani sukaaaaa sangat kat orang kedah..
=)

oh suka melalut..
patut la xpernah maju dalam hidup..huhu..
mintak kerja interbiu xberjaya..
mintak sambung study pjj xberjaya..
tension laaa...semua xberjaya..
nasib malang ka camana ni??
eh xbaik pikiaq camtu..
mungkin rezeki aku bukan disitu..
kadang kadang Allah xbagi apa yang kita mintak sebab Allah dah sediakan yang lebih baik untuk kita..
think positif ok..
=) smile again..


amboih..sempurna aih di mata..
heheeee...as salam..

Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Cikgu..


good morning..
hari ni hari guru kan..
kalau zaman sekolah tu best gila arh masa hari guru ni..
cikgu xmasuk kelas..wat sambutan.so xpayah belajar..hehe
erm..hari ni nak wat entri pasal cikgu lah..

kalau nak kira cikgu ni banyakkkk sangat cikgu aku ada..sebab nya aku ni banyak moved moved (pindah sekolah la der) tapi xpa la..hari ni memang ada semangat nak taip banyak..eksesais jari jemari skit..

aku zaman sekolah dulu bukan la jenis baik sangat..tapi xda la ponteng ponteng..aku takut ponteng kelas.takut cikgu gitau mak aku..sebab mak aku garanggg sangat masa aku sekolah dulu..kalau time nak ambik report card memang mak aku excited..sebab masa tu la mak aku ada banyak masa boleh sembang sembang ngan cikgu duk tanya.."cikgu, noryda macamana kelakuan dengan pelajaran?" "kalau dia ada buat xkena xpa saya izinkan cikgu pukui dia"hahahah..siap bagi izin tu..aku berdiri sebelah pening kepala dah dengaq..kadang kalau aku macam muka malas malas dalam kelas cikgu ugut la.. "noryda nak saya bagitau mak kamu ke"eleh..mentang mentang dapat keizinan mysupermak kan...hehehhe..

cikgu paling aku sayang masa sekolah rendah xbanyak..yang aku xsuka banyak la..hehehe..ada sorang cikgu ni..cikgu pelatih..dia ajaq muzik masa aku darjah 4..memang sempoi la cikgu amri ni..masa tu umur dia 20an..ensem jugak..kalau dia ajaq muzik xmain la rekoder kastenet semua...dia bawak gitar..pastu duduk senget sebelah kat meja guru tu..dia petik gitar kami kena nyanyi lagu 'abang beca'..xmain la lagu budak budak..dia pun bosan kot kan..pastu satu lagu yang aku ingat dia ajaq kami lagu suranggani..lagu india..camni lirik dia,

"suranggani...suranggani..suranggani kemaler ke nava..
maler maler maler..suranggani kemaler..
suranggani kemaler ke na va va va!"
yennadey..

ok..cikgu yang xberkenan pulak..cikgu kelas aku masa darjah 1..cikgu fizah..asik tidoooooooooooooooooooqqqqqq jaaaa.serius wei..macam p ramlee..aku ingat dalam tv ja ada..real pun ada..dia akan tutup pintu kelas depan dan belakang..pastu meja semua injak tepi..dia bentang tikar..kami kena duduk bersila kat tikar..pastu dia tulis la kat blackboard cerita apa apa..kami duk baca tuuuu la..duk ulang..habis ulang lagi..bila gitau "cikgu, dah habis"dia mamai cakap.."ulang lagi"..kepala atas meja..mintak mintak la bakal anak aku nanti xdapat cikgu camni..rosak..

masa darjah 5 aku dapat cikgu bm garanggg..kalau time kelas bm ja mesti rasa tension..nama dia Cikgu Hamidah..ada taik lalat tepi mulut..style taik lalat hidup mua cukup..aku memang suka buat karangan bm..tapi ada skali tu aku lukis gambar katun hari raya kat belakang buku karangan..tu pon page belakang skali..kan buku karangan ada sebelah side line, sebelah side blank kan..kat situ la aku lukis..ntah macam mana dia gatai tangan nak pi selak buku karangan tu..terjumpak la kartun..masa tu kelas aku tingkat 3..dia baling buku aku keluar kelas sampai terkoyak..pastu dia suruh aku pi beli buku karangan baru..budak sekolah rendah kot..bukan bawak duit banyak pun pi sekolah..macamana nak beli..diam kat situ jala..esok baru mintak duit kat bapak aku nak beli buku baru..dalam kelas punya la bising pok pek pok pek..duk kata aku teloq itik..cikgu kidah ni memang kalau marah semua orang dia panggil teloq itik..hehe..dia macam mama yokies dia xtau..bila tulis pungkok goyang goyang..kami semua gelak pelan pelan..pastu dia pusing jeling baru sengap..hahhahaha..ampun cikgu..saya bercakap benda yang benar..

form 3 guru kelas aku nama che salmah..merangkap cikgu sejarah skali...che salmah ni kurusss..tapi suka bergaya..aku kan muka xsuka buat kerja sekolah..che salmah ni punya style kalau xbuat kerja sekolah..dia panggil diri kat depan lepas tu kutey tepi tetek..isi kat situ kan soft..hahahaha..senang la dia kutey..amboi amboi..mengeliat jugak la kat depan..tapi senyum...sebab budak laki pon ada..wat macam lek lek ja..padahal dalam hati.."wei sakit la..." 

ya a au..pernah x dapat cikgu sengau..aku pernah..cikgu geografi masa tingkatan 3..jahatnya aku masa form3..selalu kalau lalu sebelah cikgu sengau tu aku bagi salam versi sengau..pastu cikgu tu xjawab tau..jeling tajam ja..mesti bengang kan..hahhaha..bila besar ni kenang balik..xbaik ngejek orang kan..bukan dia mintak pon nak sengau..sama la macam aku..aku xmintak pon jadi koko..hee =p

masuk sekolah teknik aku masik mengekalkan budaya xbuat kerja sekolah..cikgu akaun aku cikgu faisal..dia akan kutip semua buku..pastu sambil dia cek kena berdiri sebelah dia..akaun mana yang lompang lompang, yang xbalance..dia sebut "enjut" so kena ketuk ketampi 5 kali..dia selak buku tengok lompang lagi dia cakap "enjut" turun 5 kali lagi..sebelum kelas dia tu get ready la stamina..aku pernah kena 75kali..nak turun tangga pi kantin terkengkang kengkang..tapi xserik..lepas tu buat jugak..hehe...aku selalu dapat result teruk jugak akaun..masa form 5 nak dekat spm baru aku study betul..pagi pagi lepas subuh study sorang sorang..aku pon macam xpercaya tu aku ka kan..hihi..dapat result spm akaun ok la jugak..aku pergi jumpak cikgu faisal..tengah bercerita dia pon happy la..senyum..bestnya..bukan senang tau nak tengok cikgu faisal ni senyum..dia macam alim alim skit..

selamat hari guru untuk semua cikgu-cikgu aku...terima kasih la sebab marah marah..saya xambik hati pun..marah tu untuk mendidik kan..terima kasih bagi ilmu yang xda dalam silibus..assalammualaikum..

Thursday, 15 May 2014

HARI NI ADA MOOD..

hari ni ada mood nak menaip..
2 3 hari lepas macam suammmm ja..
badan rasa xbest, pastu macam sakit perut xsakit perut..
pasaipa xtau..
mak aku lagi la..sampai demam demam..
kisahnya bermula ujung minggu lepas mak aku ajak pi umah kawan dia kat balik pulau..
dah lama xpi..saja la nak pi melawat..
kami sembang sembang bawah pokok buah papa depan rumah makcik tu..
blakang pokok buah pala tu sebelom ni ada hutan sikit..tapi baru ja tuan tanah tu tebang tebang habis..
ada pokok durian sebatang..senang nak ambik buah dia kata..
sampai umah makcik tu mak aku turun dulu..
rasa macam seram sejuk mak aku kata..
duk xlama lepas tu mak kata sakit urat plak dekat tangan..
balik tu punya la demam..heran jugak..
padahal xdak la keteguq apa ka..
alhamdulillah..lani semua dah ok..
=)

masa mak aku xsihat aku ganti mak masak..
hehe..so sekarang dengan bangganya mengumumkan..
aku dah pandai buat SUP DAGING!!!
hahhahaha...sup jer pun..eh rupanya senang nak buat sup..
ingatkan susah..campak campak barang ja..biar.........siap!
untuk aku n adik aku makanan orang sihat la...
masak padprik..nasib ada jiran tanam daun limau purut dalam pasu..
just "hello...i nak mintak daun limau sikit boleh?" "ok..ok...ambil laa"
hehhe..jiran cina yang sangat baik..
selalu bagi kat mak aku benih pokok n buah durian..sebab dia ada dusun maa..






rumak tok start duk reban dah..n hari ni bahagian dinding tu mungkin dah clear..
masa mula mula sampai tu aku tengok macam..eh..nak sedih sedih pulak..rindunya kat tok..
bila tok xdak semua berubah..bestnya kalau tok ada..
masa aku sekolah teluk kumbar dulu kalau mak aku marah aku balik la rumah tok aku..
sebab tok aku sangatttttt lah baik..xgangster langsung..senyum ja.. =')
kalau orang datang rumah tok aku xpernah la xberjamu..
biskut kering patsegilemak cicah teh o pun jadi la..tapi tu jarang sangat..
kurang kurang pon tok aku jamu bihun goreng..arrrr..rindunya kat tok..
nanti la cerita lagi pasal tok peah baik hati ni..





nyum nyum..sedapnya..maggi udang...
ni makan kat Ayu Mee Udang Teluk Kumbar..
kengkonon nak sambut mothers day la..hehe..kakak aku bagi hadiah baju..
adik aku bagi hadiah dapat masuk u..pastu dia belanja jco dunut..
aku?hehe..aku bagi kasih sayang..
oh sambung cerita maggi udang..terbeliak terbeliak udang dia..
tapi udang menyorok..ala...ada udang disebalik maggi katakan..
pasni dah pindah teluk kumbaq bolehla selalu aku makan..



hehe..gambar moto setempek ni motipnya..
member aku gitau..ada orang selalu tempekkan note kat moto dia pagi pagi..
peminat...hehe..aku gitau la aku pon ada..
siap i lebiu so much lagi..hahahaha..
tapi sebenarnya hati ini lebiu kat pemilik ex5 kaler biru..nombor plat KDP dot dot dot dot..
hehe..no plat kedah bak hang...



wewit..
manyak silau oo wa punya mata..
#myglowingface jangan puii sana sini ok..
assalam..

Wednesday, 7 May 2014

Singapore - eps 4 (last day)

yeeeehhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaa...
last episod akhirnya..
penat cek..tapi.. tapi..
tetiba timbul idea..nak buat eps candid plak..
nak tunjukkan pic yang huduh..asik melawa ja mana aci kan..
kah kah kahhhh....ini mesti ct buat rayuan..bubuh gambaq yang elok ja..
tengok la..nanti aku pertimbangkan..


okeh..kemonnn..

malam semalam lepas balik dari USS dah xmakan spesel2..
maggi cup je..
xsabaq nak hempap badan atas tilam..
packing barang..sebab esok dah nak berambus..



aku bertemakan brasil sempena fifa..
atau tema kedah sempena seseorang yang nun jauh di sana..
hehhehe..ni omey kalau tau mesti kata aku cempera kola..
pagi pagi keluar terus pergi merlion park..
ala...yang ada singa pancut air tu..



ops..kenape comel bebenaq kan..
muka pun alahai..anje anje jer..
ni yang baby merlion..yang besaq ada dalam air..



asal usul merlion..
read by yourself..



Marina Bay Sands Sky Park..
yang bulat hujung tu Art Museum..
weh ni cerita ja k..aku xmasuk pon..
aku tengok dari jauh ja..
gila nak masuk..duit pon nipih..



banyak gila manusia nak amik pic kat sini..
kena berebut rebut..bila dah nyendeng kat tiang tu tiba tiba ada pulak jiran dalam gambaq..
hasihh..sabarlahhh sabariah..
dah la panas..panas terik ok..bukan panas biasa..



amik pic dulu ngan baby merlion ni..smileeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!
macam satu geng pon ada..kahkahkahhh...



sedih betullll la aku masa pic ni..
tiba tiba terkenang..xbestnya xda hempon sendiri..
nak mintak orang amik gambaq nanti dalam hati depa xsuka ka kan..
mana la tau ada orang cakap cakap dalam hati ka..
rambut sama hitam, hati lain lain..ye dak..



alamakkkk..lagiii sedihhhhhhhhhhhhhhh....huwaaaaaaaaaa...
apalah nasib..pergi jalan xda camera..
dasar menompang...



xpala..yang sedih sedih tu tahannnnnnn....
cerianya nampak kai seluar kuning tu..
tapi sayang..longgar..xselesa..



hehe..tulah bapak Merlion..
besaq...dengar cerita,
merlion ni diadaptasi dari singa dan dicantum dengan duyung di bahagian bawah..
oo..patut la cenggitu rupanya..



posing lagii..dan lagi..



fiza..tengok siniii!!!



dekat singapore pon ada maybank..
worldwide la katakan..hahahha..
aku siap bawak atm card OCBC kak aku..
takut t kat Singapore xleh pakai atm visa aku..
kot kot emergency xcukup duit..
kampung lagi..huhuhuhuhuuuuuuu...



aiskrim durian kepit roti..
roti singapore warna warni..cantik la nampak..
tapi yang ni close up terlebih..kembanggg ja nampak..

lepas jenjalan merlion park last port, Snow City..
ni termasuk dalam pakej tiket groupon tu..sayang pulak kalau xpergi..sebab dah bayar sekali kan..
tempat dia dah la jauhhhhhhh...
pastu kena naik train, naik bas..
sampai sampai xbest pon..bukan salji..
tapi ketul ais yang macam dalam peti ais kat rumah..yang clear ice tu..pastu keras..
buang masa jugak la kan..nasib dah penah main salji kat genting..tapi xpa..
pengalaman...



ni keadaan dalam train kat Singapore..
bersih..xboleh makan or minum dalam train ok...
even kat stesen mrt pon xleh makan or minum..
ada sekali tu..lepas balik uss, aku, anas n fiza dah lapaq..
dalam bag ada butterscotch (betul x ejaan)... sambil ct n kak sue beli tiket train.
bersila la 3 ketoi kami makan..
pastu jalan anas kena tahan..pegawai mrt tanya apa ada dalam beg..anas cakap makanan..
ok lepas...hahahha.nasib baik..roti yang lebih tu sumbat dalam beg anas..sebab tu dia kena tahan..
pastu aku perasan, cctv asik fokus kat kami ja..
hahahhaha..padan muka..nasib baik xkena saman..
kalau x nak bayaq ngan apa..taik idung banyak la..



dalam train ada board yang akan tunjuk door opening belah mana..
senang la bagi yang jakun jakun ni kan..xla kelam kabut tunggu belah sini..pastu kuar belah sana..
aku ja la tuu..orang lain x..orang lain kan bandaq..hehhehe


masa otw nak balik bugis amik beg n checkout,
fiza pulak tertinggal..terlepas train..
kesian dia sorang sorang..kalau tempat sendiri ok la..ni tempat orang kan..
so sementara kak su amik dia, kami bertiga amik beg..
backpackers tu galas depan belakang..
tapi bukan aku la yang galas..ct n anas..
aku nak galas xpa..tapi dah la renek kan..nanti xnampak jalan pulak..hahahha



kesian anas n ct..
xpa..berkorban untuk kawan kawan..
dapat pahala..kah kahhh kahhh...



hehhehe...sabaq na anas...



ct ok la tu..dan dok peace lagi..
sabarrlah sabariahh ok..



nak tau ni apa???ni kipas...hahahaha...bukan lah!
ni la tiket train kami sepanjang kat Singapore..
aku xsure sapa punya idea..sekeping ni kalau return boleh dapat 1 SGD..
hehe..sudahnya berkepok bawak balik malaysia..
aku ngan fiza siap kira dah..dapat 16SGD..boleh dapat tshirt selai..
okeh camni,
tiket train ni sebenarnya boleh reuse..pakai 6x then kali ke6 tu akan dapat discount la..
just scan tiket ni kat machine untuk topup..xpayah la amik tiket baru..
bagus jugak..penjimatan tu..kan kan..
so untuk sapa yang pandai berjimat ada benefit..dapat discount..
gud gud..

ok la..dah abis..
harap harap semua happy dalam percutian kali ni..
maaf lah kalau ada terkasar bahasa atau ada yang mengguris hati sepanjang aku buat entri singapore ni..
in shaa Allah, lau ada duit lebih t nak belanja adik n kakak aku plak pergi uss..
ngan omey pon nak pegi gak..tapi nak dia la belanja..xkan aku plak..xcool lerr.......

Tuesday, 6 May 2014

Singapore - eps 3 (USS)

continue..



lepas tengok mumia n dinosour..
jom kita pi Far Far Away pulak..
tempat yang jauh jauh..
semua kisah dongeng ada kat sini..



cantikkkkkk sangatttttt istana tu..
kalau aku banyak duit memang aku nak buat rumah camni..
ish..memang cantik la..mempersona tau..



nih signboard ja..xda makna sangat pon..
tapi bila kak sue dah on camera monopod dia, semua sengih otomatik..



hah..tengok..cantikkk kan..
kat dalam ni tengok Shrek 4D..
erm..okeh la..cerita dia sama ja..Shrek pi berlawan ngan naga tu nak pi amik si fiona tu..
bila keldai tu bersin tersemboq semboq la air kat muka kita..
pastu kerusi pon gerak gerak masa Shrek naik kuda..pastu ada grrrr grrr kat kaki..
haaa..yang tu aku suka..
alaaa..xbest la cerita banyak banyak..sapa yang xpernak pi tu kena pi sendiri la ok..


 next..
kita masuk dunia Madagascar..
hehehhe..aku kan suka menatang menatang..
gambaq ni pun boleh buat aku pikiaq 2 3 kali..nak beli ke x..
20SGD kot..ingat nak letak la dalam almari kat rumah..
kenangan pergi Singapore kekonon..



amboih, meriah aih..

ELMO..
elmo yang kaler merah tu kan..yang biru tu apa ek..
aku bukan tengok sangat kartun pagi pagi..
yang aku perasan kalau elmo ni..duduk dalam frame pastu gelak gelak..
xcakap pon..
pastu terus aku tukar chanel..bosan..
tapi bila kat Singapore macam comel pulak tengok..gebuuuuu.....



hasihhh..gediknya..siap nak gigit gigit jari..



mesti laki dalam ni..pantang tengok pompuan..



hehehhe..ct..dia pijak kaki hang..



kan aku dah kata..laki nih..
peluk anas kengkonon kamceng sangat..



xsampai nak peluk ka apa ni??
hahahahhaha....



weh ni apa ek..alaaaa....
pernah tengok tapi xingat la dia ni sapa..
penyayang ja dia ngan aku..kalau orang lain dia cekik cekik..



marilyn monroe..
dengaq kata pompuan tiruan dia ni..
bila belek betul betul tu nampak jugak la ketidakasliannya..



haaa..yang ni xsempat..pi mana xtau..
mungkin tengah salin baju kot..
hahahha..siap salin baju..ct mesti meletup letuppp ja ni..



ngan Kung Fu Panda..
boleh dia cucuk badan aku..eiiii...
kuku dia keras kot..sakit la jugak..
aku dah la xtahan kalau orang cucuk kuat kuat..
nasib baik comey.. =)



tengok tu..duk main cucuk lagi..



hahhaha..sempoi.
tengah hala monopod.tetiba baru perasan,
Kung Fu Panda pon join selfie..
sporting la..gimme 5!



dah sampai penang baru perasan pic ni..ramai pulak masuk frame..
hihihihihi...



lapaq sangat dah masa ni..
aku nampak stall juai sorbet ni..
ok..sedap jugak..mango orange..xla masam sangat kan..
makan sorbet sambil bersila kat depan kedai souvenir uss..
hehehhe..dasar malaysian..



ni pic lepas salin baju..
aku beli t WTF ni dengan harga 5SGD lepas beli 2 shirt..
aku amik 2 helai..selai lagi kat adik..
nasib baik lah adik aku sorang, kakak sorang..
kalau ramai nak beli t shirt sorang selai parah jugak..
bila kira kira balik...selai t shirt pon RM69..
RM 69 sebagai buah tangan??alahaiii...



hehe..memula nampak cam best jugak orang pakai2 topi ni..
mintak kak sue tolong amik pic..
lepas tu kak sue pon terjebak..
macam teletubbies dah..
tapi baju kami xmacam rebecca al selam..okeyyyyy....



ni dah keluar..
bersila pulak depan globe universal..hehhe..
orang Malaysia kan selamber..mana mana pon boleh bersila..
yang balakang tu dah bertimpuh sambil minum frozen coke dalam botol air baru..
dapat jugak beli.. suka sangat sangat..!



last selfie ngan globe universal..



WTF....................wadafrak????


next eps..kita g tengok merlion pulak ok..
tempat wajib kalau pergi singapore tu..