Thursday, 24 October 2013

APAKAH YANG RASULULLAH S.A.W LAKUKAN SELEPAS BANGUN DARI TIDUR

 


  • Selepas sahaja bangun dari tidur, baginda saw akan menyapu mukanya dengan tangan.
  • Kemudian baginda akan membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran.
    Seperti apa yang disebut di dalam hadis yang bermaksud : Setelah Rasulullah saw bangun dari tidur, maka baginda duduk dan menyapu wajahnya dengan tangan , kemudian baginda saw membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran. (Muttafaqun alaih)
  • Baginda saw berdoa :
    Yang bermaksud : Segala puji bagi Allah menghidupkan setelah mematikan kami dan kepadanya akan dikembalikan. (Muttafaqun Alaih)
  • Baginda saw terus bersiwak (Berus gigi) dengan sempurna.
    Dalam hadis yang bermaksud : Apabila Rasulullah saw bangun dari tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan siwak. (Muttafaqun Alaih)
  • Baginda saw akan membasuh tangannya sebanyak 3 kali.
    Rasulullah saw telah berkata : Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu 3 kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan di dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur. (Muttafaqun Alaih)
  • DI MANA TANGAN ANDA SEKARANG??
    RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL


No comments:

Post a Comment

ada nak komen apa2..silakan..