Tuesday, 29 October 2013

Jom Jahit Baju

idea ni timbul bila aku nak upah baju, makcik yang nak buat tu nak ikut baju contoh..tapi murah upah.rm 30 ja..tahun 2013 upah baju kurung pahang rm 30 ok la kan..
bab baju contoh yang lemah ni,aku kan kembang kembang kembang lagi..mana la nak ada baju yang cantik ikut body. Body plak xnormal..bambam pastu ketot..haish..

ada satu lagi tailor ni, Kak Sue..Kak Sue ni plak upah xda dua keping duit limaploh xsah..itu selai baju..kalau 3 4 lai?? mampos..ranap duit bortingkek aku..last last muncul la minat nak menjahit.nasib baik la upahnya free..mana turunnya kuah kalau x ke nasik kan..mak aku yang jadi cikgunya....

tapi ingat senang ka nak belajaq ngan mak sendiri pun..banyak kali dah aku tanya
"mak, bila nak start ajaq ni?"
"nanti laa..mak xdak mood lagi ni"

haihhh..ari ahad baru ni nasib baik la mood mak aku muncui..
barang barang belajaq menjahit semua mak aku yang sediakan.
aku just amik pen ngan kertas.

1st step ukuq badan sendiri.

ukuran:
bahu
dada
pinggang
punggung
panjang baju
panjang kain
panjang lengan
panjang belakang
luas lengan


ituuuuuuuuu jeeeerrrrrrr

aku choose nak wat mini kurung.

draft  dulu dalam test pad.
dah pandai then baru guna ruler panjang tu lukis atas paper.
paper tu orang panggil wat dasar.
lau orang expert macam mak aku selalunya xpayah dah pakai dasar dasar ni.
lukis atas kain ja terus.
aku kan junior.

3 jam jugak la aku wat dasar tu.sat lukis.sat main mesej.sat duduk tengok tv.
tapi setel.

ada kain lebih aku beli kat kamdar aritu.
kain cotton. 3 pasang rm50.
1 bagi adik aku.dia nak bg kawan dia..katanya..ntah ntah awek kan
1 lagi aku dah upah. 1 ni la yang aku wat testing.




ni aku wat kain selisih..tengok la cutting ai..hhahahahha..shame shame lor


ni baju..mak aku tengah check tu..


ni cara nak wat lubang leher plak..yangbahagian xda paper tu la nanti akan digunting.


potong kain dah bereh.
jait tepi pon bereh.
KALAU RAJIN nanti aku pelekat pelekat.


untuk tempahan:
pm saya..hehehhehehe

Friday, 25 October 2013

My Birthday Wish List















posto posto



hari lahir anakanda bakal tiba tak lama lagi, so harap boleh prepare hadiah.















my birthday wish list



1.KEK
Haruslah setiap birthday ada kek..aku ni bukan lah gila kek sangat.tapi bila datang time birthday ja mesti tekak nih gedik gedik nak kek jugak..aku kan kuat pengaruh tv.so taun ni aku nak The Red Velvet secret recipe..tapi lau mak aku nak wat ok gak..leh main main icing.


2. BIRTHDAY WISHES
Hehehehe..gediks sangat tau! wishes pertama dari mak or family..tu pon kalau mak aku ingat.hehe..kadang mak aku tanya "hari ni ka hari jadi hang?"..ayoyo..wishes kedua terpenting dari omey usyuk usyuk..kalau dia xwish boleh wat hilang mood sehari gak la..


3.SPORT RIM
Keta aku lani pakai rim free jaa..nak tukaq sport rim ngan tayar mau 2 ribu..so lau ada sapa sapa nak sponsor sila inform..jangan memalu..


4.HANDBAG
Ni pon salah satu kegilaan aku..suka sangat ngan handbag..kadang tengok galas lintas lintas depan cermin jadila.nak beli xmampu..dah bosan la pakai handbag grey tu ja..baju kaler apa pun handbag aku grey..baru ni aku da tengok handbag satu kaler maroon..nak beli..tapi kalau beli kena datang keja naik bas plak.


5.DSLR
aku kan perasan cun..suka snap snap snap..takat camera hempon xbest la..zoom jadik kembang..xkretip la.so aku nak mentang ni satu.tapi mahal...erm..xka kena hutang courts memot kot..xmau la..kang mati tergantung plak.


6.HANDPHONE
sekarang aku pakai hempon nokia bodo n BB9900 yang dah gelong..aku nak hempon yang ada android untuk download game.pastu aku nak instagram..aku xda insta oke..macam ketinggalan zaman kan.pastu aku perlukan hempon yang ada camera depan.memudahkan aku amik gambaq mulut itik.

7.SET KECANTIKAN
Nak loreal atau simply Sity..dari cleanser sampaila ke liftik ngan celak mata semua tu..ada sesapa nak sponsor?


8.BOTOL AIR
Nak brand Tupperware atau Herbalife ja..nak yang besar.nak kurus kena minum air banyak kan..so kena la botol air cantik cantik.baru bernafsu untuk minum


9.CHARGER USB
charger dah mengelupas..nak yang baru kaler pink boleh tarik panjang panjang


10.KAWEN KAWEN
ini sapa pun xmampu bagi..jodoh tu Allah tentukan.hehe..hai omey..



gaji 25hb..bithday 10hb..demand..pensan!!

Thursday, 24 October 2013

APAKAH YANG RASULULLAH S.A.W LAKUKAN SELEPAS BANGUN DARI TIDUR

 


  • Selepas sahaja bangun dari tidur, baginda saw akan menyapu mukanya dengan tangan.
  • Kemudian baginda akan membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran.
    Seperti apa yang disebut di dalam hadis yang bermaksud : Setelah Rasulullah saw bangun dari tidur, maka baginda duduk dan menyapu wajahnya dengan tangan , kemudian baginda saw membaca 10 ayat yang terakhir daripada surah Ali-imran. (Muttafaqun alaih)
  • Baginda saw berdoa :
    Yang bermaksud : Segala puji bagi Allah menghidupkan setelah mematikan kami dan kepadanya akan dikembalikan. (Muttafaqun Alaih)
  • Baginda saw terus bersiwak (Berus gigi) dengan sempurna.
    Dalam hadis yang bermaksud : Apabila Rasulullah saw bangun dari tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan siwak. (Muttafaqun Alaih)
  • Baginda saw akan membasuh tangannya sebanyak 3 kali.
    Rasulullah saw telah berkata : Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu 3 kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan di dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur. (Muttafaqun Alaih)
  • DI MANA TANGAN ANDA SEKARANG??
    RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL


Tuesday, 22 October 2013

Diet Rosak

hari nie entri lambakan makanan yang merosakkan diet aku.
sebelum makan dalam hati " xpe xpe, sikit ja ni.."
lepas makan baru haih..menyesalnya..
memang banyak betol la syaiton kat tekak!






 

muffin kenny rogers.


sedapnya potato salad tu



char koay teow sany sg tiram


maggi goreng ibumie homemade


maggi kari homemade gak
rajin punya pasal banyak la letak sayur


brekpes pun meriah


lunch ayam goreng + sambal ikan bilis kacang manis manis pedas



the red velvet sr versi ada flash


the red velvet sr versi xflash

harap harap ada la orang nak bagi the red velvet ni birthday aku nanti
sedapppp sangat sangat sangat












hoii..


















bulan 12 dah dekat




















bila nak kurus?






-no answer-


Monday, 21 October 2013

Menggamit Memori


rinduu rinduu rinduu

huhh..xda ungkapan boleh gambarkan rindunya masa zaman skolah dulu..sabtu baru ni aku pegi kenduri budak skolah aku.sebelum ni lau budak teknik kawen xpenahnya aku menghadirkan diri.ni salah satu sebab aku pegi xberapa nak sengkek pastu kenduri tu betul betul depan sekolah teknik kerian..kira sambil makan kenduri pon boleh nampak sekolah la..lepas lepas rindu.


aku sekolah sini form 4 form 5..zaman baru terhegeh hegeh nak besaq..1st time plak pengalaman duduk asrama..yang kena buli dan yang membuli..semua ada.cukup rasa.
best!



tahniah aisyah + syafiq
sory terpijak kain hang..patut rasa tebal je tapak kasut aku



perasan x kenduri dah xmacam ada orang..pukul 3.30 kot aku sampai.awal tu selesema.macam nak pegi xnak pegi ja.pastu lagi sebab terlambat aku pegi kamunting..hajat nak kutip budak sorang ni.




dayah reput..aku dah set nak amik xjadi pegi plak..
ekspress ipoh tepeng dia pukul 4..nanti lau pegi kenduri xsempat nak balik ipoh.
aku saja singgah gak kamunting nak tengok betul x dia ada kat stesen bas.hahahha..
bukan boleh percaya sangat.
sape kenal tawu la..ampun dayah



kesian plak dia datang dari kampar semata-mata nak bertenggek kat kamunting tu.
melawa plak sorang sorang..siap beg sangkut kat lengan.
dulu kitorang sama kaler..tapi semenjak botok aku ni bertambah.cerah la sikit..kuikuikui




makan laju laju kat kenuri esah sebab nak snap snap pic kat skolah..
memori la sangat kan.nak ujan masa tu.esah pon nak blah photoshoot..so aku xrasa berdosa sangat la pegi kenduri sat sangat.



semua konvoi myvi..hahahhaha..ini ja yang kami mampu.
ana dah macam makcik makcik dah.. hahha..xpa..apek sayang..


ana "wei nak letak mana anak aku..nak amik gamba ni"
aku "mak aku dalam keta..letak la"
ana "larat ke mak ko nak dukung budak bambam ni"
aku "boleh boleh"
ana "haah, mak ko dah biase..ko dulu pon camni kan"

hahhahah kojaq ana..



gila puas rasa bila dapat jejak kaki dalam sekolah balik.


nih la dewan aku amik spm.dulu beriya xsabar nak blah..sekarang xsabar nak kembali



ni pandangan dari asrama jauh ke sekolah.besaq sekolah ni..tapi student ciput.



pandangan dari bangunan pentadbiran ke asrama pulak



surau tengah renovation..tempat ni la banyak ajaq aku mengalimkan diri jugak.
nak masuk maghrib zikir ramai ramai kat koridor.



bangunan bengkel..


bengkel kimpalan lanjutan.



ni blok untuk budak teknik.meki ngan perdagangan


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

cakkkk!!!


jom layan gamba mummy dhiya n the gang plak..






mummy dhiya ngan auntie nad
kasut makcik makcik dah wei..hahhaha



saja nak snap ngan background tangki.
sekolah menengah teknik kerian ------ kolej vokasional kerian



student tua.


thanks apek tolong snap pic kami.



menyerlah sangat la body ngan baju biru tu..menyampah!



eh..dhiya ni body macam acik la..
babai dhiya bambam.
ingat tau mummy dhiya pesan..jangan ikut jejak mummy daddy.dhiya kena masuk mrsm.
taun depan kita jumpa lagi kat kenduri auntie nad.


Friday, 18 October 2013

Cari Jodoh BY 4 UNSUR


entri ni aku kopi o okeh..
tetiba rasa menarik..pastu ditulis plak diamik dari kuliah subuh.
aku share ngan kawan kawan yang sama nak membesar cam aku.





  • Unsur Tanah  - Anak pertama, kelima, kesembilan
  • Unsur Air       - Anak kedua, keenam, kesepuluh
  • Unsur Api      - Anak ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Unsur Angin   - Anak keempat, kelapan, kedua belas

 

Sifat anak berunsur tanah
  • Pendiam, pendengar yang baik,penyabar dan setia.
  • Tidak mudah membangkang, dengar kata dan boleh dibawak berbincang.
  • Berpewatakan manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif
  • Tidak banyak karenah, tidak cerewet , menghormati orang lain, rendah diri dan tidak sombong
  • Suka pendam rasa marah sampai satu tahap boleh meletup (seperti gunung berapi)
  • Lambat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan

Sifat anak berunsur air (AKU)
  • Sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain
  • Membuat kerja dengan teratur, teliti dan pantas
  • Keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk. Dia je yang nak menang.
  • Manja, lembut hati dan sensitif
  • Air yang tenang, jangan disangka tiada bah !!Mood yang mudah berubah2

Sifat anak berunsur api
  • Semangat yang tinggi, sangat aktif  dan berkobar
  • Sangat teliti dan berwaspada
  • Suka menyakat dan mengenakan orang lain
  • Panas baran dan mudah melukakan hati orang lain
  • Sangat kuat cemburu

Sifat anak berunsur angin (OMEY)
  • Melembutkan hati orang lain
  • Mood berubah2 ikut suka hati dia je
  • Suka menolong orang dan boleh memberi kerjasama
  • Suka membuat hal sendiri dan keras hati
  • Suka mempamerkan perasaan sekiranya tidak puas hati



salam mujahidah.. ehm.. ini update atas permintaan orang.. tapi.. x berape jelas.. sebab nie sambungan waktu kuliah subuh.. faham2 je lah sendiri ble time kuliah subuh kan... ehm... klu paham Alhamdulillah.. klu x ... try cari dgan rakan2 yang thu.... Selamat Mencari PAsangan...




Angin
 Allah uji dengan sifat Redha ( dengan sifat nye yang seorang pemaaf yang tinggi)


Api
Allah uji dengan sifat Sabar..


Air
Allah uji untuk menggunakan akal yang bijaksana dengan betul
Allah uji dengan  sifat Jujur


Tanah
Allah uji dengan sifat Ego / Rendah diri / Tawadhuk


NIH KALO KORANG MIX MIX KAN PASANGAN.
CE CHECK BETUL X?



*Unsur Api + Unsur angin

- pasangan yang penuh dengan kasih sayang..




*Unsur Air + Unsur Tanah

- tahap ekonomi meningkat..
(disebabkan pasangan yang berunsur tanah nie kebanyakan nye yang banyak duit)
-Allah uji tahap kesyukuran terhadap nikmat yang Allah berikan..


*Unsur Tanah + Unsur Api

- pasangan  berunsur api selalunya pandai dengan pujuk rayu dan pandai bermain kata2..
- apabila dua unsur ini bertemu jadinya PANAS...
- pasangan yang berunsur tanah akan senang dihakis dengan pisau cukur (unsur Api)
- apabila ekonomi pasangan ini bagus.. Alhamdulillah.. rumah tangga ok..
- apabila ekonomi pasangan ini merosot.. Nauzubillah.. rumah tangga kacau bilau..
apabila ini terjadi.. pasangan ini akan cepat marah dan mudah naik tangan (penampar)..


*Unsur Tanah + Unsur Angin

- apabila dua unsur ini bertemu jadinya KERING aka DINGIN
- pasangan ini selalunya akan berendam air mata
- rumah tangga pasangan ini banyak bergaduh..


*Unsur Air + Unsur Angin
ME + OMEY

- apabila dua unsur ini bertemu jadinya SEJUK & NYAMAN
- kebanyakan apabila pasangan ini hanya berkawan.. hubungan persahabatan ok saja...
- andai pasangan ini berkahwin... rumah tangga tidak dapat dijamin kekal.. (HOLAMAKK)
- perasaan baik sangka terhadap pasangan tinggi sangat
- kedua pasangan ini hanya cakap benda yang perlu sahaja
(BETUL BETUL..KADANG DIA WAT DERK JE KAT AKU)
- kedua pasangan ini kebanyakan nye akan memperoleh ramai zuriat..
(INI AI SUKEEEERRRRR..LAGI BANYAK LAGI KEBERKATAN)


*Unsur Air + Unsur Api

- apabila dua unsur ini bertemu jadinya BASAH
- kebanyakan pasangan ini dapat dinilai apabila berada di pasar raya.. kebanyakan pasangan yang lelaki nya akan bawak troli.. yang perempuan akan memilih barang...

* Andai Pasangan Yang Disebutkan ini mempunyai Cahaya Mata...


*Unsur Angin + Unsur Angin

- anak yang dilahirkan  "down sindrom"


*Unsur Api + Unsur Api

- disebabkan terlalu mengikut perasaan (rujuk kembali sifat dominan)
- anak yang dilahirkan mungkin akan TOMBOY atau LEMBUT aka (x pyah sebut ah)


*Unsur Air + Unsur Air

- anak yang dilahirkan adalah anak yang genius
- pasangan ini perlu menggunakan fakta untuk menerangkan sesuatu benda andai anak mereka menanyakan sesuatu...


*Unsur Tanah + Unsur Tanah

- anak yang dilahirkan anak yang bersikap Hyperactive
- anak pasangan ini kurang mendengar cakap orang (bebal)


semua ini hanya lah teori... nak percaya atau x terpulang kepada anda yang membaca... sye hanya post apa yang sye perolehi dri kuliah subuh tu.... ehm... andai yang x dapat difahami.. sye  minta maaf sangat2... berkaitan dengan sifat sahabat2 nabi.. mungkin ada yang kurang memahami.. asif jiddan.. sye x dpat nak ingt semua..peluang.. sye rujuk dgan rakan2 yang lain.. akhiru kalam..


Thursday, 17 October 2013

Banjir Bukan Banjar

hehehe..banjir hokeh,,bukan banjar.
memula ai ingat nak menempek cerita pasal kursus kek.
tatapi....
kes banjir pulak tetiba hadir dan lebih hap tu det..
so ai hapdet ini dulu


Pulau Pinang dilanda Banjir


 
KAMPUNG NELAYAN, 13 okt - rumah tok aku dinaiki ayaq banjir separas lutut bagi aku..dan separas bawah dari lutut bagi orang yang lebih tinggi.aku kan kak pen.

sepupu aku kol pagi tu..gitau banjir.memula ada semacam tak percaya.rumah tok aku area tanah tinggi..tapi bukan la cameron ke hapa.kira area sekeliling kampung tu xpernah la umah tok aku banjir.umah blah kampung depan tu memang selalu.dorang tanah rendah.

punca utama yang dikenal pasti sebab pintu kuala rosak.atau sebab orang jps yang jaga rumah pam xbukak pintu?sebab ada dengaq kata malam sebelum tu pintu rumah pam rosak.faktor air laut pasang pulak.pastu hujan lebat..itu yang buat bertakung. 

mak aku n bapak aku n adik aku shoot pegi dulu.aku ngan kakak aku masih bersenang lenang di kedai nasi kandaq. aku bajet ok la xda teruk sangat.takat naik depan laman yang ada pasir sikit sikit tu no hal lah.kejap ja setel.depan umah ada longkang.tapi pastu berubah.imaginasi aku yang tip top ni dah dapat bayang.mak aku kol gitau dah xboleh parking lagi.pandai pandai la cari parking nak mai nanti.

orang orang kampung semua pakat berdiri tepi jalan ja.penuh..polis dah mula sekat sekat jalan..ada jugak tali tali kuning pengadang xbagi masuk bagi jalan yang paras agak tinggi.ala besa la duduk kampung..banyak gila reporter naik moto masuk celah nu celah ni.tu kena bubuh pengadang..mak aku pon xkelepasan peluang meronda ngan motor.

eh malas la taip.
jom layan gambaq.aku taip memanyak ni pon bukan ada yang membaca sangat.
kawan kawan ai kan malas macam ai.
-xBernama





ni depan umah tok aku..masa ni ayaq dah surut sikit..tapi surut pastu ujan pastu surut pastu ujan.



ada longkang dalam depan umah..dah pun tertutup
ada jugak yang dah tenggelam jatuh longkang.sib baik ada hero sempat selamatkan.


ni kot tepi umah tok aku.lagi dalam.aku xtau la apa jadi umah belakang tu.dengan barang bundle sepupu aku.ya ya ja amik nak meniaga.last last buang umah blakang.banjir plak.hurhh..xkosa den nak ngemaih.



mak aku kata pi la tengok sat maktih dok rendam kaki nuu..kesian kat dia
sampai sampai memang betol rendam.silap xda ikan ketik ketik sekam ja



bantuan misi kemanusiaan.
aku ngan kakak aku beli kuih sampai 25ringgit
tapi claim balik kat mak



maktih duk termenung.pening pala nak menyimpan



banjir xreda, nak ujan plak lagi



ni area yang lagi teruk.takat lehaq pun ada.tengok rumah blakang tu sampai nak cecah tingkap



anak muda amik kesempatan berkenalan..gatai



seb baik keta xlowed



hahhahah..lepas lalu banjir ni motor berasap..kakak aku dah kia dah



991 sampai dah reda sikit..lambats lor



siap bawak bot..kalau aku naik mau tenggelam


nah..kaki orang demok main banjir
dok rendam rendam kaki tengok gak sekeliling
jumpak jugak lintah bulan, lipan..apa apa lagi la
sereyau jugak kot kot ada che u.



Thursday, 10 October 2013

10.10.1953




dulu dulu kalau tarikh macam hari ni.birthday arwah bapak aku
aku xpenah lupa.dan aku sentiasa ingat
sebab aku 10.11 n bapak aku 10.10
memang betul betul ngam la 2 beranak ni.nak pergi mana aku mesti "nak ikutttttttttt"
kalau adik beradik yang lain jangan harap la bapak aku nak bawak.aku kan kesayangan
kakak aku pun selalu cakap "hang kan anak emas baa"
sampai bila bapak aku meninggal semua sedara asik cakap kat aku
"abih la dia..baa dia xdak xleh manja dah"
weh..aku tengah sedih bapak meninggal depa cakap camtu plak..xberperasaan sungguh!

kalau dulu time besday bapak aku, aku request la kepsi
dulu kepsi kira mahal la wei.lagipon bapak aku xmakan piza piza semua tu
aku xpernah pun bagi bapak aku hadiah.yerla budak budak
aku mana ada duit.lagi plak kedekk
tapi kalau aku wish pun aku tau bapak aku dah cukup happy

mak aku kata bapak aku sayang kat aku sebab dulu kecik kecik aku kurusssss sangat
muka kesian gila.macam budak yang cacing xcukup zat
bila pegi klinik timbang selalu mak aku kena marah ngan doktor.sebab xnormal
tapi itu sementara ja mak.sekarang orang kan dah terlebih sihat ni
sampai kena berdiet diet plak.huhuhuhuhu...
dah besaq besaq ni orang kata muka aku cam bapak aku plak
sampai tok aku( mak bapak aku) tengok aku pun nangis.sebab dia kata bila tengok aku teringat anak dia.huhuhuhu..anak perempuan mesti ikut bapak baru sejuk kan kan
omey plak cam seronok lebih asik tanya aku..
"awak ada campuq mamak kan.ayah awak ada darah mamak kan kan"
pastu dia macam seronok lebih.xpaham aku.

bapak aku tu betul betul sayang aku
aku mintak apa semua bagi.betul wei.tapi aku xla jadi anakku sazali
bapak aku ja melayan.mak aku wat derkkk
pernah aku pergi umah orang aku tengok ada benda tunggang tonggeng camni




aku main ja..senyap..makan pun xmau.
sebab nanti nak balik xboleh main dah.kat umah xdak.peghak kan aku
masa birthday aku bapak aku belikan
gila seronok..bapak aku beli camni tapi bentuk kasut.kenapa kasut??
entah la..tapi bila dah besar ni pikiaq balik
bapak aku yang muka garang garang camtu boleh plak masuk kedai beli menda merepek repek tu kan.
terharuuuu...(alamak, air mata bertakung)

tu belum masuk topik aku tengok vc lagu raya hujan vs raihan
bapak dia bawak teksi mak dia buat kuih
pastu belum masuk aku mimpi bapak aku duduk hujung katil tengok ja aku.masa tu baru seminggu meninggal
tu belum masuk cerita sebelum pergi keja bapak aku akan hantar bekal makan dekat aku
sebab kesian nanti aku beratuq panjang panjang kat sekolah
hahhahahaha...ok lah nak berambus dah
nanti banjir plak komtar









menu diet arini
pagi : telur dadar 2 biji + sos 1 sudu

tengahari : mungkin makan free.ada kursus..ratah ratah lauk ja

malam : repeat telur lagi kot.