Wednesday 4 June 2014

Testimoni..Boleh percaya ke?

Assalammualaikum,




selalunya kalau nak beli satu produk tu mesti orang nak tengok keberkesanannya kan..ok ke hasil..kalau xberhasil xnak la beli kan..so testimoni oleh pengeluar produk pun mesti kebabomm punya lah..ada yang betul..ada jugak yang fake sangat!

contohnya kalau produk wajah..gambar sebelum berjerawat, berminyak..kira kalau pompuan tengok pun xlalu nak salam cium pipi..inikan pulak laki..gambar selepas tetiba guna camera 360..choii sangat.camera 360 tu apa xboleh? semua boleh..hang hitam legam pon jadi putih melepak..(kutuk diri sendiri ka apa ni) muka macam kawah bulan pun mulus suci ja nampak..tapi muka aku xla kawah bulan ok..hehe..aku pakai camera 360 xpala..sebab aku xjuai produk..kan kann..

tetiba nak taip entri ni sebab tadi aku tengok produk vitamin c organik..macam berminat pon ada..memang selalu aku dengar vitamin c ni baik untuk kulit..boleh tegang, putih, licin etc..tapi bila google testimoni depa letak gambaq selepas tu pakai camera 360..tu yang menyampah sangat..kalau rasa nak buktikan and nak jual produk pakai la gambar betul betul..kalau gambar fake nampak sangat la produk tu xberkesan.

macam testimoni ubat kurus jugak la..bagi aku mana ada orang boleh kurus tanpa control makan and xbersenam..bergantung pada ubat ja..so mesti ubat tu ada something wrong..fully chemical..sebab racun pon dari bahan kimia kan..memang akan nampak selim melim dalam masa terdekat..tapi efek lagi 10 tahun, 20 tahun? sapa tau..sebab tu ada setengah ubat kurus yang lepas stop makan badan makin di pump pump..so untuk dapat hasil menawan meletops mesti kena pakai ubat tu forever n ever..biasa la nak meniaga..kalau dah semua orang dapat hasil terbaik then berhenti..pasni sapa pulak nak makan produk tu kan..

bergantung la terhadap orang yang nak percaya atau tak..tapi aku ni jenis payah sikit..kalau aku tengok hasil elok testimoni tu kan..dalam hati aku macam jahaatttt ja..macam ada bisikan azazil  mesti ada benda lain depa ni pakai ni..tapi depa x gitau semua..hehe..teruknya..sebab tu la aku xberani nak makan pil kurus kurus ni..takat makan shaklee omega3 or lecithin tu xpa kot..ke xboleh jugak..?

hehe..ni pandangan aku ja..tak semua produk tu menipu..mungkin aku yang susah nak percayakan something tu 100%..kalau hangpa semua nak percaya go on ja..tapi make sure la produk yang dibeli tu ada KKM okeh..zaman sekarang logo HALAL pon boleh main main..kejap halal kejap haram..pening aku..takat racun dalam makanan, lekat KKM tipu tu lagi la xda hal la kan..beware ok.

salam.

1 comment:

  1. kannn.. bak kata telajak laris "eeiii muka je putih, tangan hitam!"

    ReplyDelete

ada nak komen apa2..silakan..