Innalillah buat mangsa yang telah meninggal dalam kejadian malang tersebut.
terkejut 1 Malaysia kan.termasuklah aku.eksiden ni pukul 2 lebih camtu.tapi aku dpat tau on the way balik kerja kat radio.masa tu cam eh..betui ka..betui ka kan..cam xpercaya sebab aku tau kalau kes bas jatuh gaung memang eksiden dahsyat la..
ni info tentang eksiden tu yang aku kopitarik..
KUANTAN, 21 Ogos (Bernama) -- Bas yang terjunam ke dalam gaung di Km 3.5
Jalan Genting Highlands, hilang kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar
tebing dan jatuh ke dalam gaung itu, kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin
Ab Ghani.
Katanya siasatan awal juga mendapati sebanyak 48 tiket dijual namun bilangan
penumpang yang menaiki bas bernombor pendaftaran WGA 4136 berkenaan lebih
daripada itu.
Kejadian dilapor berlaku 2.45 petang ketika bas berkenaan menuruni puncak
Genting Highlands berdekatan Chin Swee Temple, katanya ketika dihubungi Bernama,
di sini.
Nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu mengorbankan 37
nyawa, manakala 16 lagi cedera.
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Resorts World Genting yang melahirkan rasa
dukacita dengan tragedi nahas bas di kawasan Genting Highlands, menyatakan basterbabit ialah bas awam yang berulang alik setiap hari ke Jalan Tun Razak di
sini.
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof
berkata masih terlalu awal untuk mengatakan nahas kemalangan bas di GentingHighlands hari ini berpunca daripada keadaan jalan.
Beliau berkata kemalangan maut di laluan berkenaan sebelum ini perlu
dijadikan panduan oleh pemilik jalan untuk memikirkan penyelesaian terbaik,
seperti mendapatkan nasihat dan panduan daripada Jabatan Kerja Raya
(JKR) atau Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
"Terlalu awal untuk kita katakan ia berpunca daripada keadaan jalan, banyak
lagi aspek lain yang perlu diambil kira seperti faktor kecuaian dan masalah
mekanikal.
"Jadi, saya cadangkan supaya pemilik jalan dan pemaju pusat percutian itu
supaya dapat duduk dan berbincang dengan JKR berkaitan keselamatan, sejurus
laporan polis berhubung kemalangan itu diperoleh," katanya ketika dihubungi
Bernama di sini hari ini.
Kemalangan yang mengorbankan 37 orang termasuk pemandu bas di KM3.6 Jalan
Genting Highlands itu berlaku selepas bas yang dinaiki 53 orang itu terjunam
60 meter ke dalam gaung ketika menuruni jalan curam dari puncak Genting
Highlands menuju ke ibu negara.
Kemalangan tersebut disifatkan sebagai paling buruk pernah berlaku di
kawasan itu dalam tempoh 17 tahun lepas, selepas insiden yang mengorbankan 17
orang termasuk enam kanak-kanak pada Julai 1996.
hurm..apa pandangan u olls?nak salah sapa?jangan dilupa jugak.dah ditakdirkan ajal maut depa camtu.kita yang hidup ni macam mana pulak.berdoa lah semoga dapat kembali dalam keadaan yang baik kan.aminn.
untuk orang orang penang teringat lagi tak memori naik bas kuning pi balik pulau??sekarang dah tak dak la sebab dah ganti ngan rapid penang.jalan balik pulau pun baru lebaq elok..untung budak budak lani.
dulu kecik kecik kalau mak aku ajak pi jalan aku tanya dulu nak pi mana.kalau habaq nak pi balik pulau oh sori mak..xminat.xbest.xsuka.sebab apa.pekan kecik ja sana.pastu jalan balik pulau tu kira adik genting ja la.lebih kurang.bengkang bengkok.jalan selimmmmmm..pastu sampai satu bucu kat tokong ada selekoh tajam.tu kawasan hot eksiden.nilai nilai sendiri la kan.same as genting..ada tokong jugak kan.
bas kuning tu aku kenai drebar dia.apek cina suka isap curut sambil bawak bas.aku panggil dia apek curut.apek curut tu kalau corner fuhhh..tertempek tempek aku kat dinding bas.pastu berangin rangin rambut terbang tutup mata.bas talak ekon maa.bila dia lepp kat gaung balik pulau aku bismillah bismillah bismillah.tu ja aku tau kecik kecik dulu...hhahah..ok la wei.dari kecik aku dah pandai wat camtu..budak kecik nak mati ingat Allah..ko ade??
hehe.sori la kalau orang balik pulau ada baca ni.mintak maaf.balik pulau lani kan dah mebangun.ada kepsi dah...hehe.hidop balik pulau!!
No comments:
Post a Comment
ada nak komen apa2..silakan..