Friday, 30 August 2013

RAPTAI KAWAD 2013

ASSALAMMUALAIKUM.

dengar cerita Tanda Putera boleh tayang kat penang..ye ye..boleh serbu.. ye ye

tadi pagi g  raptai kawad

 memula bawak masuk papan nih..pastu ada plak syarat..pelikat nak standard je..


kasut itam + stoking
berkuap kaki tau



ni muka belom jalan..kalau lepas jalan jangan cakap la
menetes peluh membasahi bumi



beria berjalan keluar sampai atas tar, kena patah balik masuk padang.sebab pancaragam xkeluar lagi..ceh..

3 jam tercangak atas padang.sangat belemoih.sangat berjemur.

balik pukol 10.30 naik feri amik angin.tetiba orang sebelah cakap "eh tengok tu..ada ikan lumba lumba" ok aku pon perak skali..uyooooooo

sampai penang beli nasi pastu landing kat rumah asneeda.kunci jam pukol 2.

mandi semayang siap cantik cantik (cantik ke) datang check in opis.

dan sekarang tengah menaip.

nanti la upload pic.malas nak belutut. dah update pic.babai

Thursday, 29 August 2013

TANDA PUTERA





TANDA PUTERA TAK BOLEH TAYANG KAT PENANG..CHOIIIIIII!!!!!!!!!




hahh..memang choii..aku kan patriotik..memang penuh hati sangat la kalau cerita embun ka, paloh ka, bukit kepong ka kan..memang dah set nak ada temujanji bertemankan filem Tanda Putera..tup tupp arini keluaq plak statement kerajaan negeri Pulau Pinang xbenarkan tayangan kat negeri ni..frust








aku ada tengok di sebalik tabir filem ni.nampak cam best.

and yang buat lagi xsabar sebab dengar banyak kontroversi kan.

terbaca antara 3 babak kontroversi dalam filem ni :



1. Babak yang menunjukkan sekumpulan pemuda Cina telah kencing pada tiang bendera yang mengibarkan bendera Selangor, di luar rumah menteri besar ketika itu, Harun Idris.

2. Babak di pawagam yang menunjukkan layar panggung tiba-tiba digelapkan, digantikan dengan tulisan dalam bahasa Cina di layar yang meminta para penonton Cina meninggalkan pawagam. Seorang penonton berteriak menanyakan mengapa ada tulisan Cina di layar dan menuntut supaya tayangan filem diteruskan. Setelah itu, tiba-tiba, semua penonton yang masih tinggal dalam pawagam itu dibunuh.

3. Dalam babak-babak yang membawa kepada kemuncak ketegangan dan menimbulkan rusuhan kaum, ada seorang lelaki Cina misteri yang memerhati segala yang terjadi. Dia kemudiannya didedahkan sebagai seorang pemimpin komunis–mengisyaratkan bahawa komunis mungkin terlibat sebagai dalang kekacuan.


so minggu ni kalau rajin agak agak lepas berkawad merdeka tu boleh la kot menyerbu panggung wayang Negeri Kedah.Kedah xblock filem ni kan..thank you
 
 
 
 

HARI RAYA JKN2013



assalammualaikum.
lepas isnin sakit perut, selasa cuti.hari rabu xleh nak wordless la kan
so nak update sikit pasal jamuan raya kat opis jumaat lepas.
meriah ke x tatau la nak kata..tapi pendapat aku last year lagi meriah kot.
pendapat aku okkkkkkk..
 k la malas nak pokpek banyak banyak




 
ni setting tuk meja vip..selera je ngan kain lipat lipat tu..
tapi aku vip ke??


 

nampak tu..dah siap tertera vip oh bebeh..






bile la dapat jadik vip





kenduri sendiri kot






tapi bile kenduri?














tetttttttttttttttttttttttttttt











ni menu menu yang disediakan erm..
same je cam taun lepas
n sama gak kat semua jamuan raya
nape ekkk


 


satay..mungkin yang tukang kipas tu nama mail n melambung lambung sambil kipas



 

hehe..bongek je.cendol awie sembilu.menusukk



 

laksa kiah propa..sapa tengok galaksi tau la kan.
kak kiah siap boleh tanya lagi.kiah propa tu hapa.hahahha
same as u maybe..bukan saya cakap..orang lain cakapp



Bihun sup pon ada
apa nama ntah xingat aku
pelik sangat





char koay teow..sedap
penang wajib lah ada ni..kalo x tak ho liao!





hehe kak wan..wawasemput..ok laaaa
happp happppp


 


sedap la plak kalau tengok lepas lepas raya.berminyak lembut melekat lekat ja dalam tekak ni
lemang n ketupat imissu



 
rojak tonggek..orang penang ja tau ni
tapi ni versi with asam ko..versi with kuah rojak la best
nak tau lanjut jemputla mai penang
kompem tertonggek tonggek
apa aku meluc plak ni..pang!



 
unit aku kena prepare bahagian dessert
so bagi nata de coco ni
kek marble belah 2 aku sponsor..hurhhhh
n biskut raya bank sponsor




 
ni pelayan meja vip#2
warna warni aidilfitri kan




 
tengok tu..dato' ngan datin melayan tetamu
gemoknya datin..hahahhahah
selamat hari raya datin..




ops terhimpit plak ai



 
hoke lah
ni patotnya post semalam.tapi semalam cam kelam kabut save je dulu
suke hati la lalalallalala

Thursday, 22 August 2013

GENTING HIGHLANDS-BAS JATUH GAUNG

Innalillah buat mangsa yang telah meninggal dalam kejadian malang tersebut.

terkejut 1 Malaysia kan.termasuklah aku.eksiden ni pukul 2 lebih camtu.tapi aku dpat tau on the way balik kerja kat radio.masa tu cam eh..betui ka..betui ka kan..cam xpercaya sebab aku tau kalau kes bas jatuh gaung memang eksiden dahsyat la..



ni info tentang eksiden tu yang aku kopitarik..

KUANTAN, 21 Ogos (Bernama) -- Bas yang terjunam ke dalam gaung di Km 3.5
Jalan Genting Highlands, hilang kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar
tebing dan jatuh ke dalam gaung itu, kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin
Ab Ghani.
Katanya siasatan awal juga mendapati sebanyak 48 tiket dijual namun bilangan
penumpang yang menaiki bas bernombor pendaftaran WGA 4136 berkenaan lebih
daripada itu.
Kejadian dilapor berlaku 2.45 petang ketika bas berkenaan menuruni puncak
Genting Highlands berdekatan Chin Swee Temple, katanya ketika dihubungi Bernama,
di sini.
Nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu mengorbankan 37
nyawa, manakala 16 lagi cedera.

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Resorts World Genting yang melahirkan rasa
dukacita dengan tragedi nahas bas di kawasan Genting Highlands, menyatakan bas
terbabit ialah bas awam yang berulang alik setiap hari ke Jalan Tun Razak di
sini.

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof
berkata masih terlalu awal untuk mengatakan nahas kemalangan bas di Genting
Highlands hari ini berpunca daripada keadaan jalan.
Beliau berkata kemalangan maut di laluan berkenaan sebelum ini perlu
dijadikan panduan oleh pemilik jalan untuk memikirkan penyelesaian terbaik,
seperti mendapatkan nasihat dan panduan daripada Jabatan Kerja Raya
(JKR) atau Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
"Terlalu awal untuk kita katakan ia berpunca daripada keadaan jalan, banyak
lagi aspek lain yang perlu diambil kira seperti faktor kecuaian dan masalah
mekanikal.
"Jadi, saya cadangkan supaya pemilik jalan dan pemaju pusat percutian itu
supaya dapat duduk dan berbincang dengan JKR berkaitan keselamatan, sejurus
laporan polis berhubung kemalangan itu diperoleh," katanya ketika dihubungi
Bernama di sini hari ini.
Kemalangan yang mengorbankan 37 orang termasuk pemandu bas di KM3.6 Jalan
Genting Highlands itu berlaku selepas bas yang dinaiki 53 orang itu terjunam
60 meter ke dalam gaung ketika menuruni jalan curam dari puncak Genting
Highlands menuju ke ibu negara.

Kemalangan tersebut disifatkan sebagai paling buruk pernah berlaku di
kawasan itu dalam tempoh 17 tahun lepas, selepas insiden yang mengorbankan 17
orang termasuk enam kanak-kanak pada Julai 1996.

hurm..apa pandangan u olls?nak salah sapa?jangan dilupa jugak.dah ditakdirkan ajal maut depa camtu.kita yang hidup ni macam mana pulak.berdoa lah semoga dapat kembali dalam keadaan yang baik kan.aminn.

untuk orang orang penang teringat lagi tak memori naik bas kuning pi balik pulau??sekarang dah tak dak la sebab dah ganti ngan rapid penang.jalan balik pulau pun baru lebaq elok..untung budak budak lani.

dulu kecik kecik kalau mak aku ajak pi jalan aku tanya dulu nak pi mana.kalau habaq nak pi balik pulau oh sori mak..xminat.xbest.xsuka.sebab apa.pekan kecik ja sana.pastu jalan balik pulau tu kira adik genting ja la.lebih kurang.bengkang bengkok.jalan selimmmmmm..pastu sampai satu bucu kat tokong ada selekoh tajam.tu kawasan hot eksiden.nilai nilai sendiri la kan.same as genting..ada tokong jugak kan.

bas kuning tu aku kenai drebar dia.apek cina suka isap curut sambil bawak bas.aku panggil dia apek curut.apek curut tu kalau corner fuhhh..tertempek tempek aku kat dinding bas.pastu berangin rangin rambut terbang tutup mata.bas talak ekon maa.bila dia lepp kat gaung balik pulau aku bismillah bismillah bismillah.tu ja aku tau kecik kecik dulu...hhahah..ok la wei.dari kecik aku dah pandai wat camtu..budak kecik nak mati ingat Allah..ko ade??

hehe.sori la kalau orang balik pulau ada baca ni.mintak maaf.balik pulau lani kan dah mebangun.ada kepsi dah...hehe.hidop balik pulau!!

Tuesday, 20 August 2013

KAWAD

Salam,


(bajet kaki sexy)phuii

phewww..peluh dan busuk terasa tubuh ini.
mana xbusuk kan.baru pas kawad.siap ngan baju serap peluh baik punyer..habis kalori kalori ngan kolestrol aku melekat kat baju ni.nak nak merdeka ni standard la jabatan jabatan kerajaan kena berkawad.sokongan bagi meraikan hari kemerekaan negara.syukur Malaysia dah merdeka.kalau masih dijajah makan ubi kayu, kurus la aku.
lentikkk di padang kota..aww

with kak wani.hilang seri aku

control cuns with kak jah
oh nak cerita pasai kawad.kawad jabatan aku taun ni siap import uncle2 rela ku pujuk untuk mengajaq.mula mula dengaq tu rasa cam cerita senario plak yang pasai anggota rela tu kan.tapi ok la.ada setengah anggota rela ni pacik pacik askar yang pencen.ok la depa xtegas xlembut..selesa la berkawad..xstress.poyo!

dulu aku memang aktif berkawad pon..dari skolah pastu politeknik pastu sambung plkn. mak aku cakap "dah la itam masuk plak kawad lagi legam"..hitam itu menawan la mak..masa skolah dulu aku join Kadet Polis then lompat KRS plak masa skolah teknik.sebab Kadet Polis kat skolah tu laki je.bwekk..KRS pon ok what..menang peringkat daerah lagi..bangga bangga..hahha. up diri skit..

kawad time skolah dulu best.time kawad tu rajin sebab boleh skip waktu riadah..syok la tu.kadang kadang senior aku siap cakap."ok sok kita wat latihan.aku tau ampa semua nak skip riadah kan.."hahha.. pandai la abg senior.tapi kak senior dan dan muka kerek.phuihh.

batin bahagia zahir terseksa

kawad kat skolah ngan plkn xsama.plkn tentera ajaq..muka taik ja semua..terpaksaa.kalau salah mampoih la..pompuan skali kena pumping.dalam hati memang hitam la masa tu.xdak lagi ayat suci.sumpah seranah ja..pompuan kalau pumping cana ampa tau?? tangan sama cam laki..tapi lutut boleh kena lantai.kaki angkat silang balik..so tanggong la montot hang yang seksi tu guna lutut..erghh..seb bek suaq plkn ada span kat lutut.sapa penah join tau la..

erm..dah la taip sikit sikit.t bosan plak..
babai.

Monday, 19 August 2013

ADIK DAH BALIK

Assalammualaikum.



hah xpayah nak drama buh tajuk saspen saspen.adik dah balik.semalam dah hantaq dah budak tu balik gopeng.dah puas la beraya 2 minggu.mak aku pon dah boring tengok dia.siap pesan xpa jangan balik selalu.hahaha..

bertolak pagi konon bajet jalan jam.padahal ok ja.mungkin sebab raya dah seminggu.yang tinggal baru nak balik pon budak budak asrama ja.ok la.xstress sangat drive..hehe poyo.penang ipoh pon nak stress..mak aku siap buat bekal lagi bawak semalam.mak aku kata makanan rnr xsedap.macam perangat perangat ja.mak aku buat ayam masak pedas2 bubuh serai tu ngan nasi putih.ok la sedap.nasi tambah..

stesyen pertama kat ipoh pi umah makjang.dia buat laksa.huhhh..luluh hati.saya xminat laksa der..so aku yang poyo poyo letih mengabdikan diri kat dalam bilik.bangun tidoq kakak aku senyum senyum.dia cakap boleh tolong x plsssss....hang larat x...apahal plak pompuan ni kan.turn balik ipoh tu dia drive patutnya.dia xlarat sebab tu pujuk pujuk aku.siap bagi upah rm50 drive balik.hahha..untung la rezeki ujung ujung bulan ni.

oh ya arini ari ke2 posa 6.

erm.

Friday, 16 August 2013

PERSOALAN YANG MENJADI RAHSIA ALLAH


semalam aku baca menda ni kat fb..


hurm.betui gak kan.kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.semua orang nak yang terbaik.semua nak apa yang diidamkan.tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita sebab Allah yang menciptakan kita.


jodoh rezeki ajal maut semua Allah aturkan.dah ditetapkan sejak kita dalam pequt lagi.sebab tu ada orang yang xjumpa jodoh lagi..(cam tertempek kat diri sendiri plak) ada orang yang dah jumpa jodoh tapi belum rezeki ada anak.ada orang yang dah berkahwin.tapi bercerai sebab itu bukan jodoh dia yang sebenarnya.itu mungkin ujian sebelum Allah temukan dengan jodoh yang sebenaq.ada yang dah jumpa jodoh tapi mungkin Allah lebih sayangkan jodohnya.so Allah biarkan dia berseorangan di dunia kerana Allah menjanjikan yang lebih di akhirat nanti.macam macam pasal jodoh ni.semua tu rahsia Allah.


betul perenggan kedua tu, jangan gores perasaan orang yang sedang bersabaq dengan ujian Allah.bukan xnak kahwin.tapi belum berjumpa.belum jumpa???hurm..mendalammm! yerla, Allah ja tau macam mana kita nak jumpa jodoh kita.mungkin gaduh2 pastu benci benci pastu sayang sayang.ada jugak yang jumpak member member pekenai.ada yang jumpak dalam chatting.fb-ym-wechat dll.aku pernah jugak baca.ada orang yang jambatannya panjanggggggggggg, ada jugak yang jambatannya pendek..kalau yang pendek tu cepat la bertemu jodoh.yang jambatannya panjang cam aku tu kami tengah bersabaq dengan ujian Allah.so xpayah la nak perli perli.peace no war


dulu masa aku skolah sembang ngan member member, budak pompuan standard ar kan.gatai lain skit.sembang nak kawen bila. aku ngan member aku set nak kawen umuq 23.sampai 23 aku study lagi.aku upgrade skit.aku kawan ngan ejam.kami sebaya.plan kawen 26.dua dua dah stabil.tapi ejam ada orang lain.umuq 25 dia dah jadi laki orang.aku gak sorang sorang.bongok punya ejam.xpala, dah itu jodoh dia. Allah dah janjikan yang lebih baik dari tu untuk aku.mungkin..bulan 11 ni aku dah nak msuk 26 pastu 27. aku still xda plan apa nak kawen.omggggggggggg!! sapa nak kawen ngan aku?omey?dulu ada la dia cakap.tapi tu taun lepas.duit yang dia kumpul nak kawen pun dia dah buat enjin.boleh ka dia kumpul balik secepat taun depan?ok aku susah hati...


jom makan kuih raya...

Wednesday, 14 August 2013

sesudah raya

assalammulaikum.

salam lebaran ke 7

hihi..6 hari bercuti raya arini aku setat keja dah.melampau lampau kemalasan.datang keja pon pakai bju raya yang recycle...hahhaha.alaaaaaaaaaaaaa.bukan busuk pon.pakai sat ja.eleh.macam la ampa xpenah kan


bosan gila rini..lepas tengok email, tengok pesbuk.xtau lagi nak tengok apa dah.bosan bosan bosan.mama bosan ok


raya taun ni macam biasa ja.aku beraya solo.eceh,gedik banget seyh..memang tiap tiap taun pon camtu kan.bukannya berlaki lagi.oh apa kes plak abang boipren kita kan.oh abg omey.xmai pon.duit raya dia kata nanti abg bagi.okkkkkkkkk........nanti bini abg keluaq bengkel abg pi..okkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..........ok abg..grrrrrrrrrrr


best kan raya..


ari raya pertama cam biasa.aku semayang raya, aku pi umah tok, then pi kubuq tok.kalau x nak pi kubuk baa skali tapi xjadi.kekangan masa..poyo ayat kan..next day tu baru pi kubuq baa..rindunya..


sesi makan cover sebulan memang xberenti.lepas makan pedas nak makan manih, nak makan masam.amboi lidah ni pon..demand gila..macam macam nak.sapa jadi mangsa.perut gak..sian perut.ala kuci kuci


ok lah..


nak pegi menunaikan yang wajib.

Wednesday, 7 August 2013

SALAM AIDILFITRI 2013

bila hang bangun lambat
hang kelam kabut
hang pakai baju koko match dengan tudung pink+grey(2 layer)
hang drive keta laju laju
hang nak berebut rebut sampai komtar
padahal jalan xjam
hang boleh cilok cilok
hang kelam kabut tengok jam tangan yang hang dah set cepat sikit
hang jalan dengan kain baju koko yang sempit
hang kejar nak naik lif komtar yang xdak sapa pon berebut nak naik ngan hang
hang punch card baru kui 8.22
hang hembus napas fuhh....

hang duduk kat kerusi opis yang xempuk
hang bukak blog,bukak fb, bukak email,bukak sms ngan marka hang
hang baca semua
hang jugak xlupa bukak lagu raya
hang siap copy kat pndrive sebab hang nak dengaq raya nanti

hang bukak muvie
hang layan muvie
sampai hang nak terlelap
hang tengok sekeliling
sunyi.........aman
walaupun makcik cleaner
tiada yang melintasi pandangan hang

hang turun opis bawah
hang tengok buku merah (buku keluar masuk)tu semua dah isi
tapi..
hang belum, hang xsenang hati
hang tengok bilik bos dah gelap.ohh

pukui 2.00 petang hang pi semayang lohoq
hang siap doa, "Ya Allah, bagilah boleh balik awai"
hang amik buku merah dan cuba nasib
bos tanya ada orang x..hang jawab ada
bos tanya dia tau buat x..hang jawab ermm tau kot
hang kata semua kontraktor dah xkol
hang kata kontraktor dah xmai opis
hang tipu kan kan..tadi ada ja kontraktor cari
ah lantakla..hang nak beraya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, 6 August 2013

nak raya dah..

halo halo
assalammualaikum

wah lama berenti mengapdet..ingatkan dah pencen kan..hehhe xla kelam kabut sikit akhir akhir musim ramadhan ni..banyak aktiviti berpekdah..yang xberpekdah pon masih ada..don wori k


hah tengok..3 ari berturut2 punch card baru aku lambat..hoih xtau la..makin ujung ni makin liat nak bangun.lepas soq pon makan sikit basuh pinggan aku bummm balik..rasa empuk gila katil tu..nak kata tilam baru lama dah.ke badan aku yang empok??

nak nak raya ni banyak keja kan.bilik aku tu bawah katil kalo xraya xberubah la tempat..so bertapok tapok la habok bawak tu..tu yang wat nyenyak kot kan..dibuai debu debu..cerita sal bilik hurm..beriya aku ngan nak cat la.ubah perabot la apa la..tapi lusa nak raya haprak satu apa pon xjalan..cat tu aku beli minggu 1st posa.usung pi balik pi balik dalam keta.pemaleh toi

semalam duduk seblah adik..sendeng sendeng dia.pastu aku tolak bahu ke bahu
"adik nak duit takk!"
adik aku angkat angkat kening..ewahh..bajet ziana
"berapa?"
yess..ada respon positip..bagus la budak skolah zaman skang.pandai cari duit.i loike
"duit tu jangan termasuk duit raya k"
hehe..pesan awai awai tu..serik dah gamaknya.tiap tiap raya aku kata duit raya posponed..nanti, petang ni, malam ni, sok la, duit keras xdak la..bla bla bla last last lebur camtu ja duit raya ku kat dia.hehe patotla duit den bortingkek tingkek..

ok bab cat akan setel petang ni.adik aku wat.macam indon dah..hahha.bab biskut raya pon dah setel.tapi gedik nak menggamit memori silam konon..nak buat biskut mazola plak..hehe..xtau la sempat ka x.bilik aku pon macam tongkang pecah.mentang mentang la nak kemas.amik baju campak campak ja..mak aku kata "ishh..rasa xgamak nak jengok bilik hang" hehehe..tengok la dah cantik ti..kalah bilik pengantin kot..

pengantin??pengantin tu apa?oo rang kawen kawen ea..yang kiss kiss tu ek..yang pelok pelok tu ea..wei gatai..posa posaaa..kalau omey mai beraya kan best.baju taun ni xberjanji pon tapi termatching plak..eceyhh.gedikkss..petanda jodoh kot..alamak tergedik plak lagi..amponn

omey cuti 2 ari ja.bila tanya cam biasa la ayat dia.tengok la nanti k..kalau free abg pi..hayoo..

k lah..dah bosan menaip..nak melayan muvie plak..muvie berwarna..bukan berbiru..

malam ni malam last terawih..moga moga aku ada umur lagi untuk berterawih taun depan..aminn

Friday, 2 August 2013

afrika mari..



Cuba eja nama ampa dalam bahasa Afrika


A= na, B=tu, C= ran, D= ala, E= ga, F=lu, g= ji, H= mi, I= bu, J= nen, K= pu, L= ta, M= me, N= to, O= mo, P= no, Q= ke,R= lam, S= zal, T= cu, U= do, V= ru, W=si, X= va, Y= ka, Z= ran


nor i da --------------------------tomolambualana

omey-----------------------------randotamigatamebu


 bu tamoruga do momegaka!

waka waka