Wednesday, 30 April 2014

Innalillah..Terkejut sangat sangat.

salam.
hari ni kena buat dua entri.tadi interview kan.ni lain pulak.
Innalillah hi wa inna ilahirajiun..

tadi masuk opis aku dengar ada orang kata sorang penghulu meninggal dunia.
meninggal mungkin semalam.(selasa)
sebab kemalangan jalan raya.
aku dengar cerita nama daud daud camtu.

aku tgk direktori tadi..
nak pastikan penghulu yang mana satu.
sebab aku selalu jumpak penghulu untuk sahkan sijil adik aku.
malas la nak jumpak bos sendiri.jumpak penghulu senang.
xbanyak tanya.

tadi makcik cleaner lalu kat aku.
dia kata tau x pasal penghulu meninggal.
aku cakap..haah..tau.tapi yang mana satu.
makcik tu kata cuba tengok dalam buku telefon.
dia penghulu bukit gelugor.
whattt!!!!
memang terkejut sangat sangat.
isnin aku baru jumpak penghulu daud tu.
aku xperasan pun sebenarnya nama dia daud.
aku masuk opis dtl masa tu dah nak dekat 1 tengahari..lagi 5 minit kot.
semua penghulu -tiada- -tiada-..
tiba tiba satu bilik terbukak.. -ada-
dia panggil aku masuk..sambil dia cop cop sijil adik aku.
aku ushar bilik.terpandang board "Bukit Gelugor"
tiba tiba makcik cleaner tu gitau dia jaga Bukit Gelugor terus aku..gulpp!
tgk idirektori ada gambar..

sah..memang penghulu ni la yang aku jumpak.
Ya Allah, xsangkanya..
kita memang xtau bila kita akan meninggal kan.
sebab tu la kita diminta sentiasa bersedia dengan kematian.
sebab akan berlaku bila bila masa saja.
semoga arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment

ada nak komen apa2..silakan..