belek belek fb tadi jumpa gambaq zaman sekolah menengah dulu.
aku sekolah dekat teknik kerian.masa tu taun 2003 n 2004.
sejarah bermula macam ni,
sebelum masuk teknik aku ada beli borang sekolah sains.hehe.nak gelak pon ada masa taip ni.poyo gilak.tu pon nak cerita kan.eh suka hati la.aku dah siap tau isi borang skolah sains tu, pastu masa trial pmr aku dapat sains D, geo D, sej D.ish.ish.ish.vongok boleh tahan.hahhahaha.pastu aku terbayang kegelapan masa depan aku.so aku pon padam borang skolah sains tu aku bagi kat member aku. dia xsempat nak beli borang. aku yang baik hati gila babeng ni cakap la sorang sorang dalam hati."xpala,trial aku pon teruk,lebih baik aku bagi peluang kat orang lain."...........pastu result pmr betul keluaq.aku dapat keputusan yang memang ok jugakla.ada A B ja..C D xmain la der.kalau mintak sekolah sains lepas jugak la keputusan tu kan.member yang aku sedekahkan borang tu dapat result lagi teruk dari aku.rasa menyesal pon ada bagi kat dia.kalau x mesti aku dah ada peluang jadi doktor kan.hahahahha.berangan! tapi apa nak buat.nyesal dulu pendapatan dong.aku pon berjaya la memasukkan diri kat sekolah teknik dengan borang yang berharga rm1.10..mak aku selalu perli."abis pandai latu, beli borang sekolah sains bagi kat orang." hehe.ala.dah ditakdirkan aku jadi budak teknik kan.rilek la mak..
hari pertama join teknik aku sampai lambat pendaftaran tu.bapak aku pusing kot jalan mana ntah nak pi bagan serai tu.lalu bendang banyakkkkk sangat.pastu ada hutan hutan sikit.kelapa sawit la.aku ni xberapa minat sangat duduk kampung.bukan nak berlagak.tapi dari kecik kecik dulu pon aku berkenan sangat kalau balik umah tok aku.dalam kereta tu rasa macam adui.berat ja hati.pastu sampai jugak sekolah.nampak besaq gilos.cantik gak.walaupun depan sekolah bendang dan belakang sekolah ladang kelapa sawit.tu pemandangan waktu siang.kalau malam??huh..
aku dapat dorm yang kena share dengan kakak senior.teknik memang terkenal jugak la kalau bab ragging2 junior ni.so.aku mesti bersedia mental dan fizikal.lepas mak punggahkan beg berketul ketul dengan baldi cebok semua.aku naik bilik.nak kemas barang.nak susun cantik cantik la konon.yala, dapat loker pun alahai ciputtt..semua nak sumbat dalam tu.kena la lipat baju comei comei.
priiiiiiiitttttttttttttttttttttttt!!! (bunyi wisel)
taik!dah setat ok aktiviti meragging.padahal baru pukul 2.30 petang.semua kena berkumpul kat taman aspuri dengan berpakaian baju kurung, bertudung + anak tudung, berkasut kulit lengkap berstoking dalam kiraan 20. hoi! memang gila! sampai terhantuk kepala aku kat bawah tangga sebab nak mik short cut pi taman tu.
tu baru sikit.ni nak cerita azab orientasi:
- baju sekolah xboleh basuh seminggu
- public fon xboleh pakai seminggu dalam minggu orientasi tu.
- mandi nak pergi sekolah pukul 3 pagi sebab senior pesan xnak berselisih ngan depa kat toilet.
- nak pergi mandi kena pakai baju lengkap siap kain dalam dengan anak tudung.xboleh menonong camtu ja.padahal depa wat xpa pulak.
- setiap kali jumpak kakak senior kena bagi salam.kalau xbagi salam nanti dorang panggil "oi ko, salam mana salam!"
- nak pergi surau sembahyang jemaah kena pakai kasut kulit ngan stoking
- riadah petang xboleh pakai kasut sukan.pakai kasut kulit hitam yang pakai pi skolah tu.seminggu lepas orientasi kasut kulit yang mak aku beli untuk buat kasut sekolah tu lekang.mak aku pun pelik.baru pakai seminggu dah lekang.huhuhuhu.
ni masa dah jadi senior.alhamdulillah.berjaya jugak la aku lalui azab setahun sebagai junior.kira kental jugak aku kan.kuikuikui.. gambar ni masa sambutan hari kemerdekaan 2004. 31hb hari apa ntah.so jauh ngan hujung minggu.so xdapek la balik.sambut merdeka kat sekolah ja. best sangat. ada dorm yang wat tema 80an.budak aspura la. dorm aku pakai merah.konon sambut dengan semangat yang mebara la.phuii sangat.merah ok dah.yang tudung aku labuh sangat tu apahal kan.hahahahha.dengan anak tudung biru muda.abih matching la tu.mangsa pesen betoi!
"ambo bingkah bangun sini nok sebut satu cito!" (sambil tepok lantai pentas dan bangun menari cam bersilat)dapat bayang x?hahhaha tu la keadaan masa masuk dikir barat sempena kempen anti dadah peringkat daerah kerian.dapat tempat ketiga u olls.jangan memain.aku jadi tukang karut, ana jadi tekong.(kami pakai reben merah kat kepala)...yang baju hitam tu baju silat pinjam kat aspura.depa pakai vest pink main alat muzik.vest kuning tukang menari ngan tukang sambut bila aku naik shekh..baju melayu putih tu pinjam baju melayu aspura untuk sembahyang jumaat.hahahha.yang mana ada boipren selamat la.yang xdak tu kelam kabut jugak mencari.masa nak pulangkan balik tu siap bubuh soflan banyak banyak.sebab takut nanti kena kutuk busuk ngan aspura.hahaha..reputasi mesti jaga.
hehe.tengok dayah.nak control sangat la muka konon.posing ngan adik angkat terangkat dia.last last jadi camtu.masa ni kat bilik sakit.adik angkut dia tu demam.beriya la si dayah nak melawat.pastu melepak skali.padahal pompuan xleh masuk.tu yang bertarik tarik tirai.kkantoi ngan cikgu mati.dimerit pulak.asik kumpul dimerit ja..merit xpernah bertambah.
ok la panjang dah..jemu taip.dan jemu jugak nak membaca. babais.vromm vromm.
No comments:
Post a Comment
ada nak komen apa2..silakan..