Friday, 14 March 2014

Cerita PLKN

jumaat again. wehuu assalammualaikum. aku baru pas makan ceklet cadbury ni.terasa lagi kat tekak.dappnyer..kan ke best kalau ada 1 lagi..hikhik

tadi pagi dapat call dari adik aku.syiok dia.minggu depan dah nak balik.dah habis plkn dia. amboi..merdeka la hang noh! PENGANGGUR TERHORMAT. aku dulu habis sekolah xsempat tau nak tanam tanam anggur semua ni. abis spm bulan sebelas.pastu bulan 12 mak aku antar borang kat 7e.hehehehe..menangis nangis nak pi keja.bukan malas.tapi sebab minggu pertama tu aku asik kena sapu lantai, mop lantai, lap cermin. aku rasa macam aku ni makcik cleaner.

aku dulu dapat jugak plkn ni.1st dapat kat kuala nerang.tapi aku rejek.aku wat penangguhan.sebab alasan nak sambung belajar.konon konon selamat la.abis poly aku dapat balik panggilan.cisss..jlkn simpan rupanya senarai penangguhan.aku ingat fail tu simpan dalam stor ja.so aku dapat panggilan ketiga masa tu tahun 2008. sebenarnya aku x hingin sangat pun nak pi.yala umur aku masa tu dah 21 tahun.nak kena pi pulak bergaul ngan budak 18 tahun.kompem la stamina akak kurengggg kan..tapi masa tu xgemok lagi tau..(ini sekadar maklumat tambahan.)hihuuu

sebelum aku kapel ngan ejam, i'm in love with khalily. wahh..speaking pulak.mengada sangat.aku putus ngan khalily ni.dia curang.bodoh! so untuk mengubati frust aku ni aku pon pegi la join plkn.drama sangat aku kan..nak lupakan kekasih sampai kena bawak diri.konon menghadapi saat genting dengan penuh kecekalan laa.hakhh tuih. aku masuk pun lewat sehari.aku xpergi dengan bas ramai ramai tu.mak aku hantar sendiri.aku dah biasa duduk asrama,dah biasa kena buli ngan senior.so macam pegi plkn ni tarak hal la..aku punya perangai pun boley tahan...nak lawan mai ar..hahhaha




aku disumbatkan dalam team Bravo..hurm...bangun pagi pukul 5.30.pastu sembahyang subuh (selalu skip), pastu kena berbaris...pagi pagi biasa la..aku memang lawas.pernah sekali tu terlambat turun.aku dengaq coach dah jerit dalam kiraan. malas malas malas.penat aku nak kena ikut banyak sangat peraturan.sampai padang aku kena denda lari 10 round bawak bendera bravo.esoknya xlambat dah..kena lari tu xpa la kalau pelan pelan.dengan kena keliling dengan budak budak company lain.pastu baju plkn pompuan kan yang labuh tu.melekat pulak dengan tracksuit dia yang kain cotton lembik lembik tu..haish..rasa bergendut sungguh jubor ini..segan aku.semua goyang.esoknya pengajaran la..aku xlambat dah.hihihi..bagus plkn.


hempon kan xboleh pakai kat plkn ni.ada skali tu dapat hempon hujung minggu.so semua excited la nak ambik gambar keliling kat dorm.nak buat kenangan la konon.kem aku Kem Seri Mutiara Balik Pulau. lagi senang nak ingat kem yang runtuh tu..n masa runtuh tu lepas aku tamat latihan.hehe..alhamdulillah.Allah panjangkan umur aku..dekat tepi dorm bravo ni ada satu kolam tau..macam kolam katak.air dia hijau hijau..pastu ada bunga teratai..aku melawak la ngan member member aku kata "macam kolam bunian kan." pastu semua budak budak..xamik port sangat la..posing posing ja tepi kolam tu.malam tu aku xboleh tidoq..macam terjaga terjaga..mustahil la xpenat kan.tapi kenapa xleh tidoq.aku pegang yaasin bawah bantal.pastu baru aku teringat.gambaq kat kolam.aku diam ja.nak bukak hempon tengah malam dah takut.nanti terkeluar gambaq lain ka kan.kelipok kelipok ja mata aku.esoknya aku delete semua gambaq dekat kolam tu.malamnya baru aku boleh tidoq macam biasa.tapi aku xcerita la dekat budak budak lain.yala..aku la yang paling matang sikit pun dari depa.xmau la takutkan depa.satgi duk mai ramai ramai peluk aku lemas pulak.duduk dalam hutan ni kena la jaga perangai, jaga mulut kan.

(xdapat nak tunjuk rupa kolam tu..semua gambaq dah delete..kecut)

banyak benda nak cerita sebenarnya ni.. tapi jam dah pukui 1215..so time rehat dah menjelma..apa lagi.jom eksesais.jangan lupa selitkan keselamatan MH370 dalam dalam doa kita semua..semoga kita dapat temui mereka semua dalam keadaan selamat.in shaa Allah... 




1 comment:

ada nak komen apa2..silakan..