Wednesday, 12 February 2014

terukir cinta

assalammualaikum.


tajuk cintan sangat kan.terukir cinta..sebenaqnya tu tajuk novel. ni semua setat adik aku la.gedik gedik sangat nak beli novel.sebab dia boring kat plkn.bestnya pi plkn siap boleh boring boring.aku dulu pi plkn sampai tidoq pon xcukup.nak berak pon nak cepat2.untung budak budak sekarang kan.eh.sambung balik stori.nah baca dulu sinopsis belakang novel.

18428018

~~  Nadia yang polos, Nadia yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah! Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah. Jawapan Imran buat hatinya naik geram. 



“Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran 

“Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia 



Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di situ.



“Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia 

“O… key. Bila?” Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya. Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah. Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta Audi yang ‘seksi’. 



“Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif 

“Tak. Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri kereta!”- Nadia 



Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan bergaya. Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah dia sebenarnya? Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif? Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?  ~~



hehe..bagi aku ok jugak la jalan cerita dia.sebab mungkin matlamat Nadia ngan aku ni sama.nak kahwin n kerjaya.pastu dapat boifren pon yang macam layan xlayan ja.pastu Nadia ni pon sama.jenis kalau boleh kol boifren berpuluh puluh kali.dah sembur macam macam pastu dah sejuk baru menyesal.mintak maaf.hahahhaha.sebijik aku! muka ja nampak tegar.padahal dalam hati macam agar-agar.kalau nak tau lebih kena baca la.aku nak cerita pon xbaca habis lagi.pastu xkan nak cerita kesudahan novel orang sesuka hati kan.nanti kena saman pulak.mati nak bayar.nak hidup pon xcukup duit ni.babai.

No comments:

Post a Comment

ada nak komen apa2..silakan..