Friday, 28 June 2013

Personaliti Wanita Melalui Cara Berjalan


Langkah kaki dan cara pergerakannya boleh menentukan personaliti seseorang..
betoi ek..hurmm..layann


pssstt..kasut kite yg ade button tuu

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Wednesday, 26 June 2013

jerebu

hye hye hye
balik dari kursus ni badan rasa xberapa nak sehat
cuaca sama kot puncanya
lani kan jerebu


walaupun penang xsampai darurat tapi leh bau gak
aku kalau masalah cuaca ni xdak penyakit lain la
idung asik block ja
mungkin keluasan ruang sedutan udara oksigen aku yang terlalu luas
memudahkan kuman masuk
heheh..O-O
kalau idung block ni asik xdak mood ja
rasa nak tidoq..baring..hahh..alangkah best kalau aku puteri raja
raja manaaaaaa.............raja kapoorrrrrrrrrrr...................
yennadey

kita dah masuk bulan syaaban kan.xlama lagi ramadhan
so jomla perbanyakkan amalan dalam bulan baik ni
mana la tau dah xsempat lagi berada dalam bulan baik camni
petanda akhir jaman dah banyak

Dari Aisyah Ra. ia berkata: "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda;" Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya) hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas), akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan para orang tua serta orang yang jahat berani melawan orang-orang baik, "(HR. Thabrani).
Keterangan di antara tanda-tanda kiamat ialah: 
(1) Bila anak menjadi sebab kemarahan orang tuanya. 

(2) Bila hujan berkurang, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar (menjadi kotor). 

(3) Orang jahat bertambah ramai dan dorongan untuk membuat kejahatan sangat ramai. 

(4) Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya. 

(5) Anak sudah berani melawan orang tua. 

(6) Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak malu terhadap mereka.
nak hupdate hentri hursus hon xholeh ni
habel  x hawak..hengok la sok sok i hupdate
hokeh la..nak layan idung i..

Friday, 21 June 2013

kursus lagi..

assalammualaikum..
xjawab dosa..jawab gatai..lalalala
salah!! jawab salam tu wajib okey
hehe..hari jumaat punya entri baru nak bagi salam
aparaaaa

ari ni ari apa kawan kawan?
ari jumaaaaaatttttttttttt
so kalau kursus ari jumaat apa yang terbayang kawan kawan?
kena bermalammmmmmmmmmm
yeaaaa pandai..
jumaat sabtu ahad aku ada kursus pengukuhan pasukan
yang best dapat la check in hotel free
hehe..
kursus yang sepatutnya buat kat langkawi xjadi so buat kat hydro hotel, batu feringgi jer
halahaiii..dekat giler, nak claim duit minyak lebih xleh
tapi merasa la tidoq hotel dalam pulau pinang
orang pulau pinang xda maknanya nak tidoq hotel kat sini okeeyy
mak aku kata buang duit ja..balik tidoq rumah lagi selesa.jimat duit
yerla yerlaaaaaa...=(

kursus pengukuhan pasukan ni anjuran jabatan aku sempena persediaan
untuk sukan tahunan pejabat kewangan se-malaysia bulan semilan nanti
haa..nama sukan gempak gila..semalaysia
kira yang aku nak p ni mewakili pulau pinang la
eiiiiiiiiii...poyonya aku
body gebu gini jadi atlet.jangan jeles k

petang ni kursus start pukui 5 ada ice breaking ngan Dato'
aku beg baju pun xsiap lagi..
biasa la hidup aku penuh dengan kekalutan dan ke-last minitan
sat g tengahari kena chow cepat la




okey aku nak siapkan keja coz isnin aku bercuti lagi
bubai olls..


Thursday, 20 June 2013

dari kekasih kepada kekasih


Perempuan :
Awak.. Kenape awk tak penah ajak sy tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?

Lelaki         :
Saje..

Perempuan :
Saje ke atau awk malu nk kuar ngan sy?

Lelaki         :
Mana ada.

Perempuan :
Kenape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?

Lelaki         :
Sebab sy nak jimat kredit..

Perempuan :
Sampai hati awk kan? Kenape ye kwn sy panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Lelaki         :
Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..


Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. 
Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej..


Lelaki         :
Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? 

Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. 

Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. 

Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..
 



.........................................................................................................=)

Wednesday, 19 June 2013

wordless wed 19 jun 2013

bz edit entri phuket krabi..
nak tengok??--------------------klik sini

Pelengkap Hidupku by Eren Ft Romi

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia 

Tuesday, 18 June 2013

Main Tangan

kenyangnya..
burpp
lepas lunch ni semua mata redup ja
pastu halwa telinga plak duk melayan lagu setia hujung nyawa
memang teratai layu di tasik madu la

nak hilangkan boring
aku duk main la permainan budak budak ni sensorang
tapi xbest
sebab game ni kena main ngan kawan
kawan calculate kat kita then kita cam excited nak tau apa hasil
sebab masa kawan kira tu kita xleh tengok
hahhaha
suprise la konon

permainan ni aku xtaw apa nama and sapa yang reka
aku bagi nama mainan tangan ja


step nak main:
  1. lukis tangan orang yang nak diuji tu,lukis cantik cantik tau..kadang2 aku siap buh kuku lagi..hahha
  2. setiap jari tu mewakili anak, tempat tinggal, jenis rumah,suami, dan kereta..ampa boleh tengok la taste kawan kawan ampa tu.lagi best time nama suami..secara xlangsung kantoi la sapa lelaki yang kawan minat tu..bukan la artis cam aku buat ni..kalau budget nak kantoi ngan member taruk A ka, Z ka..nama depan ja
  3. tanya member tu suka nombor berapa,jangan melampau sampai berjuta..xlebih dari 10 hokey
  4. kira and potong potong la sampai last tinggal 1 ja dalam setiap jari (masa kira ni tutup2 sikit bagi suprise kawan kita nanti)
  5. dah dapat jawapan pastu baca kuat kuat camni
cik noryda, hang akan kahwin dengan sam, hang akan tinggal bersama sam di kondo kat penang, ampa akan pakai kereta mini cooper dan mempunyai 3 orang anak.

hahhaha..gilo
member ampa time tu mesti dah tersengih sengih konon angan angan jadi nyata

jom try..

mulut busuk

mulut busuk
hati busuk

mana lagi power??
hakikatnya memang dua dua tu azab bagi orang sekeliling pemiliknya wei

entri ni berkaitan ngan kontraktor yang mai kat aku tadi
gaya memang smart
macam jutaan ringgit dalam poket dia
skali dia bukak mulut
hahhhhhhhhhhhhhhhh
chek bernapas kot mulut ja sampai dia blah
sori sori
bukan sengaja nak kutuk
tapi jangan la seksa pernapasan aku
hidong aku dah la luas serombongnya
apa yang aku sedut tu cepat sampai ke otak
boleh barah tau kalau terus sedut ikut idong
xbaik tau.

nak memesan pada readers semua
jugak pada diri sendiri
wei semuaaaaaaaaaaaa
bau mulut busuk tu sangat menyiksakan okeh
yang mana ada keja keja luaq tu pleaseeeeeeeeeeee la
gosok gigi
kalau agak ada masalah tu kerap kerap la berkumur
jangan la biaq orang yang bercakap ngan ampa tu menahan nafas
kang pengsan ka mati ka sapa susah


tips tips mengelakkan mulut busuk:
  • rajin gosok gigi,bersugi
  • rajin berkumur
  • masalah gigi dan gusi juga boleh mnyebabkan bau mulut
  • hembus nafas di tangan dan cium baunya, kalau ok baru boleh jumpa orang
atau
  • hembus nafas ke atas supaya hidung anda sendiri boleh bau nafas mulut anda
  • jika tidak sempat berbuat apa apa, sila jarakkan diri anda dengan orang sewaktu bercakap
atau
  • lebih baik jangan cakap terus.
  • senyum itu sedekah
hipotesis:lebih busuk mulut orang yang bercakap, lebih busuk hati orang yang mendengarnya sebab tengah sumpah seranah dalam hati.


mulut orang yang berpuasa walaupun busuk tapi lebih wangi dari kasturi di sisi Allah swt.

jom kenal diri dan si dia


Jom lihat erti BULAN LAHIR ANDA JUGA PASANGAN ANDA


Jan 

setia - ego - keras kepala - matang - rajin

Feb
simple - peramah - degil

 Mac
keras kepala - berani - sexy

April
setia - menarik - sexy - nakal - rock n roll
omey setia..sexy..nakai..hehe
sukerrrr

Mei
jujur - penyayang - cute - manja - lembut

Jun
menarik - kerasKepala - baik hati - pemalu

July
dewasa - setia - cute - gagah

Ogos
 simple - cute - berani - ganas

Sept
ganjil - pelik - nakal

Okt
manja - baik - sopan santun - rajin

Nov
ego - menarik - jiwang
aku memang jiwang..drama queen sangat kan

Dec
ceria - setia - manja

selasa dan khamis,polis di jalanan

hehehhe
mula entri da gelak gelak kan
pehal..

ampa semua ingat x kes penjenayah loloskan diri kat pulau pinang
ada 6 orang yang lari dari tahanan masa dalam perjalanan dari penjara nak pegi bicara kat mahkamah
penjenayah yang kes berat berat plak tu kan


aku pon xbrapa pandai pasal kes kes mahkamah ni
bicara hari apa untuk jenayah
tapi lani mungkin aku tau
sebabnya
lani tiap ari selasa and khamis time nak pegi keja
lalu kot jelutong hway tu
aku nampak polis eskot depan blakang black maria polis
hahhahaha
semenjak dah jadi kes penjenayah lari tu baru la semua nak kelam kabut kan
ada ka boleh bawak penjenayah berat keluaq naik van ja
macam bawak melancong plak kan
kalau kita yang buat salah ni pon dah tau nak kena hukuman
mesti asik cari peluang nak lari kan
apa pun baguih jugak la bila aku pikiaq balik
kita manusia ni kan mudah lupa
selagi benda xjadi kita xberingat
baru la rasa ada tanggungjawab sikit bila nak buat sesuatu keja tu
harap abang abang polis semua buat keja ikut sop betui betui
jangan jadi macam dulu
kesian orang pulau pinang hidup dalam ketakutan
peace

gaji dah naik
dan pekeliling dah keluaq akan naik lagi
alhamdulillah
(^_______________________^)


Monday, 17 June 2013

selipar pon selipar la...

assalammualaikum pembaca yang cantik , hensem , awesome!!
harap semua cantik suweett
mulakan minggu anda dengan berpakaian cantik
berpakaian yang sesuai ke tempat kerja
yang matching tudung dan baju
bla bla bla

cantik cantik cantik
huhh!!
point nya kat sini
semalam aku demam baik punya
rasa nak gunting 18 ja idung ni
sok sek sok sek
ari ni budget memang xmau mai keja dah la kalau xsihat
alhamdulillah
bangun pagi sihat plak
tu pun lepas dibalut seperti mumia
bangun dengan semangat nak pakai baju baru hari ni
cari tudung nak matching ngan baju baru
(i memang style iron pagi okeh, lagi kelam kabut lagi syok)
dah siap bergebu gebu
vrommmmmmmmmmm
sampai sekerat jalan kat jelutong expressway baru ingat
kasut semua dah punggah letak kat rumah
yang tinggal hanyalah selipar di kaki
haaa..cantik kan..kan
punah harapan nak melawa

baju baru aku hijau, handbag kelabu, selipar oren

colour block ka mangsa fesyen ni??




p/s : KEKALKAN BONET KERETA SEBAGAI ALMARI KASUT ANDA

Friday, 14 June 2013

solat dan jodoh.apa kaitannya?




l o h o q  d a k  l a g i  w e i . . .
n a k  m a s u k  a s a q  d a h . .







penang ributan

assalammualaikum
jumaat again
alhamdulillah aku masih hidup
hehe mana la tawu kan
semalam ribut kuat gila kat penang ni
dah la keja kat komtar
umah plak kondomaniam 2 tingkat ja lagi nak cecah bumbong
mana la nak p tau kot bengkok sekerat ka
mintak mintak selamat la
 tiba tiba teringat lagu Pulau Pinang
" selamat Tuhan kurniakan
selamat pulau pinang"
hihihi..nak nyanyi plak
poyo ya amatt

haa sambung cerita pasai ributan semalam
aku dapat tau antena menara umno tu runtuh pun pukui 11 malam camtu
tengok tv1
petang tu time balik keja ok ja.seb bek xjam
kalau jam mungkin atas jalan tu berangin syurr la aku
dah la bukak tingkap
balik umah tu prepare telur bungkus untuk bukak posa
api dah nak padam padam..angin kuat
oh ye,telur bungkus ni pestime buat.. tapi sedap dan balutan menjadi
mana xjadi..3 biji teloq aku hentam..keliling kuali baik punyer
sambil main masak masak dengar kat koridor umah terpelanting semua barang jiran2
sapa suh selerakkan koridor ampa kan, padan muka
time aku nak bersiram tu pun ribut xrenti lagi
yala..kira sejam kot ribut tu
baguih punya mandi pintu toilet plak pecah
seb baik la nobody nobody at home
kalau x mau lari semua
pas settle mandi aku betuikan balik pintu tu
takut mak marah..mak aku agak garang ok
t mak aku kata sengaja plak..almaklumlah..
memang penah terjadi pun pintu toilet pecah sebelum ni
punca melawak xabih abih.dah kena jeling baru tau dok sengap sat

merepek lagi banyak banyak
bla bla bla
ari ni mai jalan semua dah ok
xda angin cuaca baik
komtar pon baik.hehe (chek risau kot kot retak)
cuma orang orang yang aku jumpak semua xdak topik lain
"rumah hg camana? semalam kena ribut x"
"sori i lambat, jalan jam hari ni..menara tumbang kan"
"wei betui ka ribut semalam ayaq laut padang kota naik atas jalan?"

hahahah
ayat lain lain tapi point sama
ribut
harap petang ni cuaca elok
amin.



omey chek kat kedah pon kena ributan
cik omey oi..taking care nah..

Thursday, 13 June 2013

150 juta - Ainan Tasneem

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”
saya xbuta, saya xpura pura

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
tapi hati xcamtu kan
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
yup, awak suka tengok korea
“Dia mungkin keras bila bersuara”
suara awak memang kasar
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kita slalu cakap kan.kalau ada jodoh xkemana
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
saya memang besi
awak salu sori sori
tapi saya jarang nak cakap sori..hehe

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
haah..kalau awak salah slalu saya tahan
“Sayang mungkin saja keras kepala”
kadang saya buat gak angin xtentu hala tu
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
tapi awak pujuk balik
awak best
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
ok pedulikan

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
memang betul..kadang2 saya xiron baju pun
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
baju saya juga xde manik manik

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
alamakk..malunya nak ngaku
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
hehe

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
buruk kan perangai saya
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua
(*_____________________________________*)

Keajaiban Cinta - Aliff Aziz / Adira


Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi terlukis dalam khayal
Betapa ku junjung setia

Biar waktu terus berlalu
Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Biar hujan yang turun membasahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu datang memeluk daku

 

peratus cinta



pernah x ampa main mainan ni?
hehe
mainan ni hot time aku skolah menengah dulu la
kan dah pandai bercintan cintun
jadi permainan ala sukat tahap cinta ni kira best abeh la
gatai

cara nak main
letak la nama kita ngan si kapel tuh
kena susun atas bawah
pastu potong la hurup ujung ni ngan hurup ujung nu..
total letak baris bawak
ulangi langkah tu sampai la last tinggal 2 angka
mesti bawah 1oo% laa

jawapan plak
cam atas ni gepren cinta kat boipren dia 91%
kira dapat A+
so percintaan tu baguih la

nak tau boipren sayang gepren dia plak letak nama boipren kat atas
terbalikkan laa
kadang kadang bila xpuas hati sebab dapat peratus sikit siap bubuh ngan bin binti skali
hahaha
gila ann ann
dengan artis pon penah
padahai artis tu pon xkenai kita cana la nak cintan
budak baru nak besaq la katakan

Wednesday, 12 June 2013

ajari aku - anuar zain

ajari aku - anuar zain

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki
Rasa yang luar biasa

Untuk ku dan untuk mu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Kerna kau cahaya hidupku
Malamku tuk terangi jalanku
Yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….

[Ajari aku tuk bisa mencintaimu (2kali)]

Mungkinkah semua akan terjadi
Pada diriku
Hanya engkau yang bisa…
Mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku….

[Hanya engkau yang bisa]
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti[Mengerti]
Semua inginku….

Ajari aku untuk bisa mencintaimu

dulu bosan gila kalau dengaq lagu bang nuar ni
ntah aku rasa geli
tapi bila keluaq lagu ni rasa terkesan plak
no geli geli anymore
mungkin lirik best
mendalam untukmu omey..

Langgar Lari

semalam punya cerita



ni aku xtaw nak kata bodoh ka hapa
parking pon xbetoi
xdak lesen ka
parking ikot suka hati ja sampai menyusahkan orang(aku)
lantak la hang
nak parking jimat sangat kan
nak nyempit nyempit
sudahnya aku langgaq
keta aku no hal la
kena kat tayar
keta orang tu la baik punya bunyi kreokk kreok
macam kriuk kriuk megi plak
enak
hahaha---gelak jahat yang kuat
puas hati
tercabut number plat
pastu aku tempek betoi betoi depan cermin drebar tu
aku harap jadi pengajaran la
padan muka

pengajaran yer buat semua

parking elok elok!

sayangilah kereta anda

pstt : mengagumkan x lukisan aku?

Thursday, 6 June 2013

ISRAK MIKRAJ

subahanallah
alhamdulillah
allahuakbar
salam israk mikraj..
cepat masa berlalu kan
pejam celik pejam celik nak masuk syaaban dah
next is ramadhan
rindunya nak berada dalam ramadhan

manusia ni mudah lupa jadi selalulah kena ingat mengingati
jum kita singkap balik peristiwa israk mikraj


Tepat malam 27 Rejab,
terjadinya suatu perkara penting dalam sejarah islam iaitu Israk Mikraj.


Terjadinya Israk Mikraj selepas 3 perkara yang menyedihkan
 berlaku terhadap Rasullullah SAW:

1.   kematian Siti Khadijah, isteri yang sangat disayangi Baginda.

Siti Khadijah dengan penuh ikhlas dan rela hati menyumbang semua harta miliknya untuk kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah dalam usaha menegakkan risalah Islamiah.

2.   Kematian bapa saudara Nabi, Abu Talib yang begitu rapat dengan hidup Nabi.
Justeru, Abu Talib bersungguh-sungguh dan bermati-matian membela dan melindungi Rasulullah daripada ancaman orang kafir Quraisy.

3.   Menerima dugaan dalam mengembangkan islam 
Baginda Rasulullah berangkat ke Thaif selepas merasa ruang untuk mengembangkan dakwah di Makkah begitu sukar dan berharap penduduk Thaif akan menerimanya. Namun tanpa diduga, bukan sahaja tidak sudi menerima bahkan pelbagai cemuhan dan Baginda dilontarkan dengan batu sehingga muka dan tubuh Baginda luka hingga jatuh pengsan.


Melihat keadaan Rasulullah SAW itu maka Allah memerintahkan Jibril membawa Rasulullah melalui peristiwa Israk Mikraj,
 pendekatan Allah untuk menghiburkan baginda.
 Israk yang membawa maksud ‘berjalan malam’ dan Mikraj pula bermaksud ‘tangga’ .
 Peristiwa menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 menjadi rasul,  kira – kira 18 bulan sebelum Hijrah.


RENTETAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ



a.   sebelum


Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il.
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama *Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

*Buraq, iaitu berasal dari perkataan barq bererti kilat. Sama ada mempunyai sumber yang sahih mahupun tidak, tetapi buraq berasal daripada cahaya bagi membolehkan ia bergerak melebihi kepantasan cahaya. Iaitu 'sekelip mata' pantasnya.




b.   semasa


i.   (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

baca kat blog nie..



ii.  (Naik ke Hadratul Qudus menemui Allah swt) 

Setiap kali melalui lapisan langit, Jibril memberi salam dan sebaik malaikat penjaga langit membuka pintu, Nabi Muhammad s.a.w. diperkenalkan dengan nabi yang sedia menunggu di situ. Kesemua nabi mendoakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

 Di langit pertama
baginda berjumpa Nabi Adam a.s., bapa segala manusia.

Di langit kedua
 berjumpa dengan Nabi Isa dan Yahya a.s.

Di langit ketiga
berjumpa dengan Nabi Yusof a.s.

Di langit keempat
berjumpa dengan Nabi Idris a.s.

Di langit kelima
 berjumpa dengan Nabi Harun a.s.


Di langit keenam
berjumpa dengan Nabi Musa a.s.

Di langit ketujuh
berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s.
 Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".


 Di langit kelapan
Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:

 Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah.
Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan.
Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


Di langit kesembilan
 Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha.
 Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


Di langit kesepuluh
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud.

Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya



Allah S.W.T:
 Ya Muhammad.

Rasulullah:
Labbaika.

Allah S.W.T:
Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah:
 Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T :

Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.




Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.



c.   selepas

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

______________________________________________________________
janganlah sia-siakan hidayah yang telah diberikan oleh Allah swt
semoga kita tergolong dalam hamba-hambaNya yang terpilih untuk mendapat hidayah
in shaa Allah