Tuesday 28 May 2013

Periksa Kiblat Anda! Peristiwa Matahari 28 Mei Kembali..Esok!!

ESOK - Fenomena Istimewa, PerIstiwa Matahari 28 Mei Kembali..
- jom periksa arah Kiblat kita!

                             

Sebagaimana ramai yang sedia maklum, esok 28 Mei 2013, matahari akan bergerak di atas matahari atau lebih dikenali sebagai Istiwa Matahari di atas Kaabah.
Kejadian yang berlaku tepat pada jam 5.16 pm waktu Malaysia ( Matahari akan berada tegak diatas Kaabah pada 12.16 pm (28 Mei) atau 12.28 PM (16 Jul) waktu Mekah) membolehkan kita, umat Islam, menyemak kembali arah kiblat atau lebih popular ‘arah sejadah’ kita, samada ia masih tepat ataupun sudah terpesong sedikit.

Jangan salah anggap, arah kiblat tidak berubah, tetapi yang mungkin beranjak ialah tandaan kiblat di rumah, pejabat atau sekolah kita. Maklumlah pelbagai faktor seperti kecuaian diri, yang memungkinkan kedudukan sejadah kita selama ini terubah secara tidak sengaja.

Bagaimana caranya? Amat mudah.

Pacakkan kayu, atau gantung tali, atau cari sisi bangunan atau tiang yang tegak 90 darjah. Pada jam 5.16 PM, perhatikan kedudukan bayang-bayang yang terbentuk.

Garisan bayang-bayang objek tadi apabila dihalakan ke arah matahari, akan tepat menunjukkan arah kiblat.

Untuk artikel ringkas dalam bentuk PDF :
http://falakonline.net/semesta/wp-content/uploads/2013/05/istiwa-matahari-kaabah.pdf
s.u.b.a.h.a.n.a.l.l.a.h
a.l.l.h.a.m.d.u.l.i.l.l.a.h
a.l.l.a.h.u.a.k.b.a.r

2 comments:

ada nak komen apa2..silakan..