Monday, 18 May 2015

FRUST

assalammualaikum


frust..hari ni hilang mood...dah la hari Isnin..hari ni aku sedar dengan sedikit kelembapan..aku hilang peluang..mungkin Allah nak tunjukkan aku sesuatu dari penyesalan ini..moga moga betul kata hati ini..ada hikmah yang menanti..aku masih berharap..

Punca:
dah 2 minggu xbukak email yahoo..selalu bukak gmail ja..arini macam terlintas nak bukak yahoo plak..ada 85 dalam inbox..check punya check..terpandang sesuatu..email Tawaran Temuduga untuk w27..ok click..email masuk on 6th May 2015..aku dapat interview on 12th May 2015..today is 18th..oh..mulut macam nak sebut macam macam..macam nak tampar diri sendiri pun ada..tarikh dah lepas siot..ada harapan lagi x..dalam hati masih mengharap keajaiban akan berlaku..ok aku call MPSP..sayang seribu kali ka  puluh ribu kali sayang ka xtau nak habaq..interview tu buat sehari sahaja..

Ya Allah..macam nak menangis..tapi sebenarnya air mata memang dah jatuh setitik..exam hari tu beribu ribu orang..sehari ada 4 sesi kalau xsilap aku..exam berlangsung seminggu..interview buat sehari sahaja..confirm aku dapat short listed..then..aku xpergiiii!!! hanya sebab kebodohan diri sendiri xbukak email.kalau aku pergi interview aku xberjaya aku boleh terima kebodohan itu..tapi aku xmencuba langsung..aku ni bukan jenis senang putus asa..berpuluh kali spa panggil interwiew pun aku tetap nak pergi walaupun xberjaya..aku xkisah asalkan aku mencuba yang terbaik untuk hidup aku..aku berusaha..tapi kali ni?

entahlah..mungkin orang lain akan kata xpa..xdak rezeki..tapi dalam hati aku berharap semoga Allah tutupkan rezeki ini untuk aku..mungkin ada rezeki yang lebih besar menanti..kerana Allah tu Maha Pengasih Maha Penyayang..aku yakin Allah lakukan yang terbaik untuk aku..jadikan jugak ini pengajaran suapaya aku lebih alert lepas ni..



Terima Kasih Ya Allah..mungkin ini bukan rezeki yang ditulis untukku..aku masih berharap dimurahkan rezeki untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dari sekarang..setiap perancanganMu pasti ada hikmah.aku yakin..senyum..=)


No comments:

Post a Comment

ada nak komen apa2..silakan..